Home Sedih Jutawan Jatuh Bankrup, Beliau Kini Meniaga Di Persisiran Nak Bayar Hutang Tinggi...

Jutawan Jatuh Bankrup, Beliau Kini Meniaga Di Persisiran Nak Bayar Hutang Tinggi RM29 Juta

169
0

Jutawan jatuh bankrup – Miskin dan kaya ini adalah lumrah kehidupan manusia. Namun, tidak ramai mengenali apakah yang dimaksudkan dengan kekayaan yang sebenar. Pencarian harta dunia ini sememangnya bersifat sementara dan tiada yang kekal abadi.

artikel kali ini mengisahkan seorang lelaki kaya yang kini terpaksa niaga tepi jalan nak bayar hutang RM29 juta. Seorang bekas jutawan yang bankrap, Tang Jian menjadi tajuk utama berita kerana beliau merancang untuk membayar hutangnya sebanyak RM29.4 juta dengan menjual sosej panggang di gerai makanan di tepi jalan.

Menurut laporan, Jian, 52, mendapat pujian daripada orang ramai di negara itu dengan rancangannya untuk mengumpulkan wang dengan membuka gerai untuk membayar balik hutangnya.

Bekas jutawan itu berhutang melibatkan jutaan yuan selepas beliau jatuh muflis, menurut laporan.

Jian yang juga merupakan pemilik restoran di China dianggap sebagai salah seorang ahli perniagaan paling berjaya di seluruh Wilayah Zhejiang.

sinetronmalaya.com Jutawan Jatuh Bankrup11

Pada usia 36 tahun, beliau sudah memiliki rangkaian restoran dan telah mengumpulkan kekayaan tetapi pada tahun 2005, Jian memutuskan untuk melabur sebahagian besar wangnya ke dalam industri kejuruteraan dan beliau mengalami kerugian serta dibebani dengan hutang.

Beliau juga terpaksa menjual restoran, rumah dan keretanya dan berdepan hutang jutaan yuan, menyebabkan idea mendapat idea menjual sosej.

Bekas jutawan itu pernah berkata dalam satu wawancara bahawa beliau pernah dilahirkan tanpa mempunyai ‘apa-apa’ dan perlu terus belajar untuk menghadapi kesukaran dengan tenang dan mara ke hadapan dengan berani.

Kisah Jian dan video yang menunjukkan beliau mengendalikan gerai sosejnya di Zhejiang menjadi tular baru-baru ini dan memberikan inspirasi kepada ramai orang untuk mencari kekuatan dalam menghadapi kesukaran hidup.

Baca lagi: Bekas jutawan kesal anak yang mewarisi harta lupa daratan

Baca lagi: “Takpe, Berkorban Sempena Hari Guru..”-Murid Tercampak Telefon Cikgu Semasa Persembahan

Sumber: Odditycentral

Previous article“Siapakah Orang Itu?”-Luahan Rita Rudaini Di Story Instagram Jadi Tanda Tanya Warganet
Next articleBabak Lakonan Mimi Lana Dalam Drama ‘Perempuan Itu’ Raih Perhatian Penonton, Sekali Nama Erma Fatima Pula Dipetik
Selain menulis, turut gemar buat aktiviti lasak tapi tak tahu berenang. Sukakan sejarah kerana dengan sejarahlah dapat mengenal tentang diri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here