Home Viral Janna Nick Muat Naik Video Menyanyi Dengan Hafidz Roshdi, sekali Komen Shuhada...

Janna Nick Muat Naik Video Menyanyi Dengan Hafidz Roshdi, sekali Komen Shuhada Jadi Tumpuan

517
0

Pelakon Janna Nick hari ini mencuri tumpuan netizen apabila dia ada memuat naik video menyanyi dan menari bersama pelakon kontroversi, Hafidz Roshdi di Instagram.

Dalam hantaran tersebut, Janna dan Hafidz dilihat asyik menyanyikan lagu Cinta Tiga Segi nyanyian Saleem ketika di set penggambaran drama Melastik Ke Hatimu 2.

shuhada

Namun apa yang mencuri perhatian adalah apabila satu komen daripada bekas isteri Hafidz Roshdi, Shuhada dilihat meninggalkan ‘sesuatu’ di bahagian komen hantaran tersebut.

“Wehhh kena siak lagu ni dengan dia hahahahha, menceritakan segalanya…” – Shuhada

Janna Nick turut memberi respon terhadap komen Shuhada dan memberikan emoji ketawa.

Netizen juga ada memberi reaksi lucu terhadap hantaran Shuhada yang dilihat selamba di sebalik isu di antara mereka berdua sebelum ini.

Difahamkan, Shuhada bersama dua orang anaknya kini sedang berada di tanah suci bagi tujuan mengerjakan umrah.

Sekadar info, Hafidz dan Shuhada telah sah bercerai talak satu pada 27 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam. Hasil perkongsian hidup, mereka berdua dikurniakan dua orang cahaya mata.

Lihat klip video di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleAnak Dituduh Berjudi, sekali Respon Noor Kartini Raih Tumpuan Ramai
Next articleDah Jadi Kes R*gol, sekali 13 Saksi Bantu Siasatan Kes Mondy dan Ebit Lew

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here