Home Viral Dah Jadi Kes R*gol, sekali 13 Saksi Bantu Siasatan Kes Mondy dan...

Dah Jadi Kes R*gol, sekali 13 Saksi Bantu Siasatan Kes Mondy dan Ebit Lew

369
0

Memetik Harian Metro, polis sudah memanggil 13 saksi bagi membantu siasatan dakwaan gangguan seksual membabitkan pendakwah bebas, Ebit Lew.

Perkara itu turut disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman , Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dia mana dia memaklumkan bahawa kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Shuhaily berkata, pihak mereka menerima laporan dibuat mangsa yang berasal dari Indonesia, lima hari sebelum ebit Lew membuat laporan penafian sejurus pulang dari luar negara.

“Dia kemudian membuat satu lagi laporan penafian yang disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.Setakat ini polis sudah memanggil 13 saksi berhubung kedua-dua kes itu…” – Shuhaily

Pihak polis juga dilaporkan akan memanggil beberapa saksi lagi bagi melengkapkan siasatan berkenaan dan wanita Indonesia itu juga masih berada di negara ini.

Mengulas mengenai tindakan merampas telefon bimbit milik wanita berkenaan, ujar Shuhaily ia adalah prosedur biasa dalam siasatan.

Kita ambil telefon dia untuk siasat. Memang ada peruntukan undang-undang bagi siasat pengisian di dalamnya sama dengan apa yang diberitahu, masa kejadian dan lain-lain lagi.

Polis juga turut merakam keterangan penyanyi rap, Caprice dan Mondy Tattoo berhubung laporan yang dibuat Ebit Lew, selasa lalu. Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Lihat posting di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Sumber: Instagram, Harian Metro

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleJanna Nick Muat Naik Video Menyanyi Dengan Hafidz Roshdi, sekali Komen Shuhada Jadi Tumpuan
Next articleTelah Bergantung Nyawa Dengan Farid Kamil, sekali Luahan Diana Danielle Mengejutkan Ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here