Home Uncategorized “Jangan Sampai Kacau Family Orang..” -Syada Amzah Berang, Tampil ‘Back Up’ Cupcake...

“Jangan Sampai Kacau Family Orang..” -Syada Amzah Berang, Tampil ‘Back Up’ Cupcake Aisyah

265
0

Heboh di laman sosial berikutan kontroversi antara dua influencer iaitu Cupcake Aisyah dan Leona. Berikutan hal tersebut, ibu Cupcake Aisyah turut sama terkena tempias. Ada yang mengugut dirinya di Whatsapp kerana mempertahankan anaknya.

Menerusi laman Instagram, penyanyi, Syada Amzah tampil bersuara selepas pempengaruh, Cupcake Aisyah teruk menerima kecaman daripada netizen berhubung dakwaan merampas bekas teman lelaki kepada seorang lagi pempengaruh terkenal yang juga merupakan anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, iaitu Kasih Iris Leona.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Aisyah (@cupcake_aisyah)

Menurut Syada, dia tidak dapat berdiam diri dan berang dengan tindakan netizen yang melemparkan kecaman terhadap Cupcake Aisyah mahupun Leona sehingga membabitkan ahli keluarga.

“Saya sudah cuba untuk berdiam diri, tapi saya tidak dapat menahan lagi. Saya geram. Sebab dalam kes ini, tak ada siapa yang 100% betul atau 100% salah..”

“Dalam mana-mana jenis hubungan akan ada perbalahan, akan ada cerita kedua-dua belah pihak. Tapi memandangkan benda ini pasal orang lain dan seseorang yang lebih muda dari kita. Tolong rasional..”

“Kalau pasal A dengan B kenapa sampai ganggu parents diorang? Fikir laa, bagaimana perkara sama berlaku pada anda dan keluarga anda? Plain biadab. Jangan kacau sampai ke family, sepupu sepapat orang tu. Kesian sangat tahu tak..”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by #HasratSyada (@syadaamzahh)

Ujar Syada lagi, posting yang dibuat olehnya ini bertujuan untuk memberi kesedaran mental kepada masyarakat. Tambah Syada, dia tidak kisah jika digelar sebagai seorang yang ‘kalis kecaman’.

Tujuan sebenar saya melakukan hantaran ini adalah mengenai kesedaran mental. Kalian telah menyerang orang lain juga. Saya tak peduli apa orang cakap tentang saya, lagi-lagi apabila ia tidak benar. Gelarlah saya kalis kecaman atau apa-apa. Jangan buat macam itu dekat mereka. Masih jauh lagi perjalanan mereka. Jangan ganggu mental mereka.

Previous article“Jangan Jadi Artis Jahil Pergilah Mengaji, Cara Berfikir Dia Amat pendek…” – Ridhuan Tee
Next article“Jangan Risau, InsyaAllah Konsert Seterusnya Dalam Tahun Ni Juga..” – Peminat Bersyukur, Siti Nurhaliza Penuhi Permintaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here