Home Isu Semasa Ismahalil Menangis, Sujud Syukur Terlepas Hukuman Gantung – “Ini Kasih Allah Kepada...

Ismahalil Menangis, Sujud Syukur Terlepas Hukuman Gantung – “Ini Kasih Allah Kepada Saya..”

183
0

Bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah menangis dan lakukan sujud syukur sejurus Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan dan melepaskannya daripada tuduhan mengedar dadah jenis kanabis dua tahun lalu. Beliau yang sebelum ini didapati bersalah atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis anggaran seberat 374.6 gram pada tahun 2021 terlepas hukuman mati.

dad

Ismahalil berkata dia yakin keputusan mahkamah ini berkat daripada usaha serta doa keluarga dan rakan-rakan.

Ismahalil kemudiannya nampak lega dan bersyukur apabila terlepas daripada hukuman atas tuduhan terbabit sewaktu keluar dari perkarangan Kompleks Mahkamah.

Kes pembelaan berkenaan diwakili peguam, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar dan Adi Zulkarnain Zulkafli sementara pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Mohamad.

Peguam mewakil Ismahalil iaitu Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar berkata dengan kemenangan ini dia berjaya menunaikan janji untuk membawa pulang bekas DJ itu.

“Alhmdulillah akhirnya Ismahalil terlepas pertuduhan dan akhirnya saya berjaya untuk mengotakan janji untuk membawa dia pulang ke pangkuan keluarga..”

Sebelum ini, Ismahalil didakwa buat kali pertama pada 6 September 2021 di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan berkenaan.

Namun mengaku tidak bersalah pada 21 Februari tahun lalu atas satu pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis anggaran berat 374.6 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju di sini, pada 5.35 petang, 27 Ogos 2021.

Dia dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Malah, pada 27 Februari lalu, dia juga menangis sambil memandang ke arah isteri dan anak-anak selepas pihak mahkamah memerintahkan dia membela diri atas tuduhan tersebut.

[redirect url=’https://shope.ee/B03ZpiRcm’ sec=’7′]

Previous articleBakal Pengganti Ziana Zain. Nyanyian Adik Puteri Azalia Buat Ramai Terpukau
Next articleKawasan Resort Dipenuhi Tahi Burung, sekali A.Aida Menyesal Lepaskan 50 Ekor Merpati

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here