Ketika keluar pergi memancing dengan suaminya, seorang wanita terkejut apabila menaikkan seekor ikan bermulut dua di Tasik Champlain, New York.
Wanita ini dikenali sebagai Debbie Geddes bagaimanapun melepaskan semula ikan itu selepas merakamkan gambarnya. Dia menunjukkan gambar ikan aneh tersebut kepada seorang rakan sekerjanya kemudian menyebarkan di media sosial.
Adam Facteau juga mengatakan:
“Geddes tidak yakin gambar tersebut akan mendapat sambutan orang ramai, tetapi saya tahu ia akan menjadi popular”
Baca lagi: Alhamdulillah Nad Zainal Dan Ungku Ismail Sah Bergelar Suami Isteri
Baca lagi: Isteri Merungut Suami Slalu Keluar Memancing, Skali Suami Bawa Pulang RM30,000
Selepas mereka menaikkan ikan bermulut dua itu ke bot, beliau tidak percaya apabila melihat ikan aneh tersebut yang tidak pernah dilihat sebelum ini.
Pada asalnya Debbie tidak berminat untuk menyiarkan gambar tersebut di media sosial, namun gambar itu sebenarnya telahpun disiarkan oleh rakan sekerjanya iaitu Adam Facteau dan teruja dengan penemuan itu.
Gambar ini juga dimuat naik di aplikasi Facebook kelab pemancing, Knotty Boys Fishing dan dikongsi beribu-ribu kali oleh pengguna media sosial berkenaan.
Malah tak kurang seribu pengguna turut memberi komen dan menyuarakan pendapat masing-masing. Netizen juga menyatakan bahawa punca keanehan ikan tersebut berlaku secara semula jadi tetapi ada juga yang berkata, ia adalah mutasi akibat pencemaran yang berlaku.
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: SAJA