Home Viral “Hidup Kita Semua Harus Diteruskan, Walaupun Saya Kalis Kecaman Tapi Ada Juga...

“Hidup Kita Semua Harus Diteruskan, Walaupun Saya Kalis Kecaman Tapi Ada Juga Teguris…” – Fasha Sandha

214
0

Fasha Sandha mengakui dia merasa terluka dan sedih apabila disifatkan sebagai bodoh dan bengap kerana dia tidak memuat naik sebarang perkongsian berkenaan peperangan di Gaza, Palestin pada masa kini.

Fasha menyatakan bahawa dia dikritik sebagai tidak prihatin dan bodoh hanya kerana tidak menyuarakan isu tersebut, walaupun sebenarnya dia aktif mempromosikan produk-produk di platform media sosialnya.

“Ni lagi seorang lagi tak peka dengan dunia yang berdukacita dengan Palestin dan Gaza. Kalau bodoh tu jangan tunjuk, bengap…”

Menyedari kritikan yang diterimanya, Fasha menjelaskan bahawa dia juga turut bersedih, mengirimkan doa, dan memberikan sumbangan meskipun tidak pernah memuat naik sebarang hantaran berkenaan konflik tersebut.

“Apabila saya buat posting berkenaan kerja saya untuk produk bukan bererti saya tidak berduka cita dan peka terhadap isu Palestin serta Gaza. Walaupun saya ini jenis kalis kecaman, ada juga sedikit rasa terguris…” – Fasha Sandha

Katanya lagi, kehidupan harus diteruskan, begitu juga dengan program-program nyanyian dan hiburan di televisyen yang terus berlanjut walaupun semua sedang merasa duka.

Sebelum ini, nama Fasha dan suaminya, Aidil Aziz, sering menjadi perbualan di kalangan netizen disebabkan perkongsian media sosial yang dianggap melampau dan tidak sesuai untuk ditunjukkan kepada orang ramai.

Lihat Posting di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Boleh Tahan Jugak Suara Ryan Bakery Ni..” – Persembahan Ryan Bakery Di Family Duo Hibur Hati Ramai
Next article“Kali Ni Tuntut Di Padang Mahsyar Is Real…” – Individu Dakwa Uqasha Senrose Penyebab Rakan Meninggal Dunia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here