Home Hiburan “Happier Than Ever Versi Najwa Latif Memang Buat Air Mata Jantan Aku...

“Happier Than Ever Versi Najwa Latif Memang Buat Air Mata Jantan Aku Mengalir…” – Najwa Latif Buat ‘Come Back’

282
0

Imratul Najwa binti Abdul Latif atau lebih dikenali sebagai Najwa Latif merupakan seorang penyanyi, dan pencipta lagu Malaysia. Beliau mulai terkenal menerusi lagu – lagu ciptaan beliau yang diletakkan dalam sebuah laman video, YouTube. Antara lagu yang paling ‘famous’ ialah lagu Cinta Di Muka Buku. Beliau mencipta kejutan pada Separuh Akhir Muzik-Muzik 26 apabila lagunya berjaya memasuki pusingan akhir Anugerah Juara Lagu 26. Sejak itu, Najwa latif terus aktif dalam bidang nyanyian dan diterima baik oleh masyarakat tidak kira tua atau muda

Namun sejak kebelakangan ini, Najwa sudah menyepi dan tidak lagi aktif menghasilkan karya baharu. Hal ini demikian kerana, dia kini sibuk menjalankan tugas sebagai seorang pensyarah di sebuah universiti terkemuka. Walaupun begitu, dia masih aktif di media sosial seperti tiktok dan Instagram. Dia sering membuat ‘cover’ lagu-lagu yang ‘trending’.

Baru-baru ini tular di media sosial, Najwa Latif membuat kongsian video ‘cover’ lagu terbaharu daripada Billie Eillish iaitu lagu Happier Than Ever dengan versinya yang tersendiri. Video tersebut mendapat sebanyak 500 ribu tontonan dan 70 ribu sukaan. Nampaknya, ia mendapat komen yang positif daripada netizen. Ramai yang merindui dan mengharapkan Najwa Latif kembali aktif dalam seni tanah air.

Jom lihat Video Penuh Di Bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zack (@lawak_laah)

Jom Lihat Apa Kata Netizen :
@Park Kyungsoo:Sumpah makin lama makin minat dgn Najwa Latif ni

@🌙:Srsly, pejam mata sambil dengar ni buat leleh mata weh

@f@ñęk¥:perghh…lme nye xdgr suara kak najwa ni

@현준:it seems like she have been through a lot of things

@Opacarophile:fav singer since childhood

Najwa Latif ni memang artis favourite min sejak kecik lagi. Min doakan Najwa Latif terus sihat dan kembali aktif dalam bidang nyanyian. Komen yang baik-baik yaa..

Sumber Tiktok dan instagram

Previous article“Alhamdulillah dia setuju..” – Akhirnya Terjawab Teka Teki Org Ramai, Tahniah Shuib Dan Zara Zya
Next article“Patutlah Berlakon ‘Power’, Dia Punya ‘Effort’ memang Layak Lah Dapat Anugerah…” – Syafie Naswip Kongsi Tips Lakonan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here