Home Hiburan “Patutlah Berlakon ‘Power’, Dia Punya ‘Effort’ memang Layak Lah Dapat Anugerah…” –...

“Patutlah Berlakon ‘Power’, Dia Punya ‘Effort’ memang Layak Lah Dapat Anugerah…” – Syafie Naswip Kongsi Tips Lakonan

335
0

Syafie Naswip ialah seorang pelakon, penyanyi lelaki Malaysia. Beliau menceburi industri perfileman sejak berusia belasan tahun. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 2007 menerusi filem Mukhsin dan sejak itu, beliau membintangi puluhan drama dan telefilem.
Syafie Naswip diminati ramai serta sering mendapat drama dan telefilem yang berkualiti. Hal ini kerana dia terkenal dengan lakonan yang begitu menjiwai dan menghayati watak. Beliau hanya memilih filem berkualiti yang mempamerkan bakat lakonannya supaya tidak kelihatan stereotaip di kaca mata penonton. Antara lakonannya yang mendapat sambutan ramai ialah Ilham Suci. Beliau mencatatkan sejarah sebagai pelakon termuda memenangi anugerah lakonan di Festival Filem Malaysia dan Anugerah Skrin untuk pelakon lelaki terbaik bagi watak Ilham di dalam drama Ilham Suci tulisan Nor Faznita Md Nor pada usia 16 tahun.

Di laman tiktok Syafie Naswip, dia telah berkongsi satu video tentang bagaimana dia membuat persediaan bagi suatu lakonan filem atau drama. Dia memberikan tips dan tunjuk ajar bagaimana dia memahami skrip. Kebiasaannya, dia akan membahagikan skrip kepada beberapa bahagian. Setiap bahagian ada fungsinya tersendiri. Dia juga akan membuat banyak contengan nota bagi memudahkannnya menghayati watak. Video itu mendapat komen yang positif daripada netizen, ramai yang kagum dengan kegigihan Syafie dalam dunia lakonan

Klik Di Bawah Untuk Lihat Video Penuh:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zack (@lawak_laah)

Jom Tengok Apa Kata Netizen:
@hafiz hashimdot:Patutlah berlakon power! Bukan setakat hafal tp memahami dan mendalami skrip

@M Y N N:bila tgok mcm ni. xmudah rupanya utk melakonkn sesuatu watak.

@Adam Putra:Fuh bukan takat hafal skrip aje. nak memahami watak, nak tahu environment, setting mood juga main peranan. Rindu nak teater

@MandaDeJieyrah91:dia punye effort layak la dpt anugerah. no wonder la dia dpt deliver art in action for evry chracter. good job.

@aisforamir:Honestly perkara ni sangat membuka mata audiens umum. Bukan mudah nak menghayati skrip sbg seorang pelakon. Kudos to you, Abg.

@mamekikoku:hebatt gilaaa wehh patut mantap lakonan

Min memang minat betul dekat Syafie Naswip, patutlah lakonan dia semuanya mantap. Persediaan dia pun bukan biasa-biasa.

Sumber Tiktok Syafie Naswip

Previous article“Happier Than Ever Versi Najwa Latif Memang Buat Air Mata Jantan Aku Mengalir…” – Najwa Latif Buat ‘Come Back’
Next article“Ryan Bakery Syukur Dapat ‘Blue Check’..” – Janji Akan Terus Berkarya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here