Home Hiburan “Alhamdulillah dia setuju..” – Akhirnya Terjawab Teka Teki Org Ramai, Tahniah Shuib...

“Alhamdulillah dia setuju..” – Akhirnya Terjawab Teka Teki Org Ramai, Tahniah Shuib Dan Zara Zya

294
0

Shuib atau nama sebenar Shamira Muhammad merupakan seorang pelawak, pelakon, pengacara, penyanyi dan penyampai radio Malaysia. Beliau berkahwin dengan Siti Sarah yang juga seorang penyanyi pada tahun 2011. Pasangan ini amat bahagia dan dikurniakan seramai 4 orang anak. Pada tahun 2021, dikala Covid-19 melanda dunia, Siti Sarah yang sedang mengandung anak ke-4 ketika itu telah dijangkiti virus tersebut. Berita sedih menggemparkan negara pada 9 August 2021 apabila dikhabarkan tentang pemergian arwah Siti Sarah. Pemergian arwah memberi kesan yang besar kepada Shuib dan keluarga. Rakyat Malaysia juga turut terasa akan pemergian arwah.

Kini, sudah setahun berlalu dan ada desas-desus mengatakan Shuib sedang mencari pengganti. Yang terbaharu, dikatakan Shuib semakin rapat dengan Zara Zya yang juga merupakan seorang pelakon. Melihatkan hubungan mereka yang semakin rapat dan sering memuat naik gambar di instagram membuatkan netizen tertanya-tanya, Apakah Hubungan Mereka?

Menerusi video hasil kongsian Zara Zya di instagram, akhirnya teka-teka orang ramai sudah terjawab. Melalui video tersebut, Zara Zya “bersetuju” untuk membuka sebuah cawangan Bumblebee. Cawangan Bumblebee itu akan dibuka di Tasik Permaisuri Cheras.

Klik Di Bawah Untuk Lihat Video Penuh:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZaraPrihatin (@zarazya)

Jom Tengok Apa Kata Netizen:
@mieyra_mya : dah agak dah, marketing jeeeee

@muslimahreen : Alhamdulilah semoga dimewahkan rezeki

@princesz_musyuk91 huhu sudh ku duga..psl nk bukk cawangan bru ni..shuib bgus.tolong sesama artis..

@shikinradzuan Alhamdulilah semoga berjodoh anda berdua… Aamiin YRA

Alhamdulillah, tahniah Zara Zya dan Shuib untuk cawangan Bumbblebee yang baharu. Min doakan semoga bisnes Shuib dan Zara Zya terus maju dan dimurahkan rezeki. Komen yang baik-baik yaa.

Sumber Instagram Zara Zya

Previous article“Comel Macam Anak Patung…” – Netizen Terpukau Tengok Tokti Masa Remaja Di Final Bintang HMI 1995
Next article“Happier Than Ever Versi Najwa Latif Memang Buat Air Mata Jantan Aku Mengalir…” – Najwa Latif Buat ‘Come Back’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here