Home Viral Hakim menangis jatuhkan hukuman, Bapa mengaku salah rog*l Anak perempuan

Hakim menangis jatuhkan hukuman, Bapa mengaku salah rog*l Anak perempuan

177
0

Seorang tukang urut mengaku bersalah merogol anak kandungnya sendiri dan dijatuhi hukuman penjara selama 72 tahun serta 30 sebatan.

Hakim menangis jatuhkan hukuman

Memetik laporan Harian Metro, Hakim Mahkamah Sesyen Muar, Abu Bakar Manat, meluahkan kekecewaannya serta dilihat menitiskan air mata ketika jurubahasa membacakan fakta kes tertuduh yang berusia 46 tahun itu.

Sebagai ayah, kamu sepatutnya menjadi wira dalam keluarga melindungi anak-anak. Saya sedih mengapa perkara ini boleh berlaku.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang berdepan dengan tiga pertuduhan didakwa merogol anak kandungnya yang berusia 14 tahun dengan kejadian pertama berlaku pada 22 Jun lalu.

Dia kemudiannya mengulangi perbuatan terkutuk itu sebanyak dua kali lagi pada 26 Jun dan 3 Julai yang lalu.

Difahamkan, ketiga-tiga kejdian tersebut berlaku di sebuah rumah di yang terletak Sri Medan, Batu Pahat.

Bagi setiap pertuduhan, tertuduh berdepan dengan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan sehingga 10 kali mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.

Selepas mengambil kira pengakuan tertuduh, Abu Bakar kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara selama 24 tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan hukuman sebanyak 30 sebatan manakala penjara selama 72 tahun.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara serentak dengan hukuman sebatan akan dijalankan secara berasingan.

Bagaimanapun, Seksyen 288 Kanun Tatacara Jenayah menyatakan 24 sebatan adalah jumlah maksimum dibenarkan mengikut kanun berkenaan.

Tertuduh juga diarahkan menjalani hukuman itu bermula dari tarikh ditahan 8 Julai lalu.

Lihat klip video di bawah:

@buletintv3 Hakim menangis dengar perbuatan terkutuk bapa rogol anak kandung #beritaditiktok #buletintv3 #baparogol ♬ original sound – BuletinTV3

Lihat apa kata orang ramai:

@Thira elle: Sbb tu ayh aku ckup mnjga aku,dr kecik aku mmg dia xkasi pakai legging pn dlm umh walaupun hanya dgn ayh atau adik beradik,lps mndi xleh bkemban

@Aida.Nrsyanah: tahla, sy jd anxiety dan stress sbb berita2 mcm ni, bkn kita yg lalui tp dia lalu buat kita tpkir prbuatan trkutuk tu, cant imagine haishhh

@syauraa: anak perempuan adalah PUTERI DALAM HATI SETIAP AYAH.. Seorang AYAH patut lindungi anak.. Nauzubillahiminzalikh 😭 tergamak ayah bt anak sedemikian

@Nana Zhua: Pernah dengar juga punca bapa rogol anak sebab tak pernah handle anak dari kecik sampai besar so bila nampak anak dah besar,dia rase lain dan bernafsu

@Haiza | Teracun k tu?: Allahuakbar lindungi la Ank2 perempuan ku😭tergamak kau seorang ayah sepatutnya jdi pelindung anak2 dri kecik lgi ditatang myk yg penuh

Sumber: Buletin TV3

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Rumah Saya Takdelah Besar Mana Pun..” – Anak Lelaki Dato’ Sri Vida Buat ‘Review’ Rumah
Next articleAnak diikat di Katil ketika mengambil darah, sekali Bapa Dea Maisarah tampil cerita hal sebenar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here