Home Viral “Gila, Suka Hati Pukul Org Mcm Ni!”-Akibat Tidak Mendengar Arahan, Seorg Doktor...

“Gila, Suka Hati Pukul Org Mcm Ni!”-Akibat Tidak Mendengar Arahan, Seorg Doktor Dipukul Di Tgh Jalan

136
0

Baru sahaja semalam tular sebuah video yang berdurasi kurang 1 minit telah tular di media sosial. Situasi tersebut memperlihatkan seorang lelaki yang berseluar pendek sedang memukul seseorang dari luar kereta. Menurut sumber, kejadian berpunca akibat suspek tidak berpuas hati dengan mangsa yang mengendahkan arahan untuk memberhentikan kereta semasa pelanggaran kenderaan berlaku. Suspek berusia 27 tahun ditahan ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya selepas selesai memberi keterangan jam 9.45 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, semasa memandu di lampu isyarat Jalan Kolam Air Lama, mangsa iaitu seorang doktor berusia 67 tahun menyedari kenderaannya dilanggar dari arah belakang, jam 10.30 pagi, semalam.

“Apabila sampai di hadapan stesen minyak berkenaan, kenderaan mangsa dihalang dari arah hadapan oleh sebuah kereta Mercedes berwarna putih.

“Kemudian seorang lelaki turun dari kenderaan itu dan bertindak membuka pintu kereta mangsa lalu menumbuk muka bahagian kanan pipi, menarik rambut dan menyepak mangsa di bahagian pinggang menyebabkan dia berasa sakit.

“Kejadian itu dirakam oleh pengguna jalan raya lain yang kemudian ditularkan di media sosial, semalam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baca juga : Bapa Mengamuk Anak Dipukul Cikgu – Rakaman Video Tarik Perhatian

Baca juga : “Sy Pernah Pukul Org..”- Siti Nurhaliza Pernah Debik Junior Sekolah Akibat Dipanggil Bohsia

Kejadian berlaku di hadapan sebuah stesen minyak berhampiran sebuah pusat beli-belah, Ampang.

Lihat video di twitter :

 

Lihat juga komen netizen :

@MRLofficials : Esok lusa dia famous lah dekat berita. Sambil tangan bergelangkan besi,tunduk tersipu malu depan jurugambar

@nani96ssi : Tak berani nk memihak pada sape2 selagi x dgr dri mulut dua2 pihak..selalunya mmg ada plot twist

@alstublft : Apa nak jadi Malaysia

@Bignorlax1985 : Gila, suka hati pukul orang macam ni! Ingat takde undang2? Polis tolong tangkap

@ketuakampong : Lawlessness when enforcement hibernating. Happening now all over the nation, increased lawless drivers without any regard for the safety of other road users. No need to improve road, just change of attitude is all that’s needed.

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber : Twitter

Previous article“Lucu ! Nak Gi Jalan Pun Tak Oleh”-Gelagat Owner Papah Husky Balik Rumah Rain Perhatian
Next article“Awal Dapat Lesen Fly”-Rakaman Budak Perempuan Bolos Pagar Tarik Perhatian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here