Home Kehidupan “Geram Je Tengok Oyen Tak Muat Baju Raya”-Tulah Gemuk Sangat, Buat Ramai...

“Geram Je Tengok Oyen Tak Muat Baju Raya”-Tulah Gemuk Sangat, Buat Ramai Geram

189
0

Seekor kucing oyen yang bertubuh besar bernama Bubble mula tular di Internet selepas pemiliknya, @warnabilla, memuat naik di twitter yang menunjukkan kucing bulat itu kelihatan segak memakai baju melayunya.

Tweet yang menunjukkan imej kucing berbaju melayu hijau dan sampin yang tidak boleh dibutang. Nabilla menyatakan bahawa dia juga membeli saiz yang besar di kedai tersebut. Tweet itu telah mendapat lebih 10,300 suka dan 4,000 tweet semula.

“Cerita sedih hari ini: Baju Raya Bubble ketat. Kancing pun tak boleh,” tulis Nabilla dalam tweetnya.

“Sangat menyedihkan. Saya suka warnanya. Bubble tidak boleh berjalan pun, dia hanya boleh berguling-guling. Bubble sememangnya gorgon pada ketika ini,” tulisnya dalam tweet tambahan dengan Bubble kelihatan comel memakai pakaian rayanya itu.

Baca juga : “Begitu Mulia Hati Kamu Semua..Terima Kasih Selamatkan Kucing2 Ni”-Netizen

Baca juga : Jana Pendapat Lebih Banyak Dari Manusia, Kucing Viral Ni Raih RM187,000 Setahun

Rata-rata sangat terhibur dengan telatah kucing tersebut. Geram je rasa nak peluk dan cubit si gorgon yang  besar tu.

Lihat apa kata warganet : 

sinetronmalaya.com bubble gv

Rata-rata warganet kelihatan sungguh geram dengan telatah si oyen yang gemuk tu. Nasib baik hensem.

Oyen korang baju raya warna apa tahun ni ?

 

Sumber : Twitter

 

Previous article“Nampak Happy Je Diorang, Tapi Dalam Hati Hanya Allah Yg Tahu”-Amal Bantu Banjir
Next article‘Pengantin Banjir’ Siap Naik Bot Nak Bersanding – “Kenangan Terindah Ni, Mesti Tersenyum Kalau Ingat Balik..”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here