Home Isu Semasa “Gaji Iqbal Cecah RM50,000-RM100,00?” – DSV Ddah Gaji Iqbal ,Tpi Ini Respon...

“Gaji Iqbal Cecah RM50,000-RM100,00?” – DSV Ddah Gaji Iqbal ,Tpi Ini Respon Iqbal.

146
0

PERKONGSIAN usahawan terkenal Datuk Seri Vida yang mencari pembantu peribadi dengan menawarkan gaji RM10,000 menarik perhatian netizen di laman sosial.

Menurut Vida atau Hasmiza Othman, 50, sehingga kini dia menerima hampir 60 resume yang membuat permohonan menerusi emel.

“Setakat ini dalam emel dah ada lebih 50 atau 60 resume, kalau mesej peribadi (DM) ada lebih kurang 100.

“Ia menyukarkan pihak kami kerana kriteria handsome memang datang yang kacak-kacak sudah macam nak buat pencarian Hero Remaja pula.

“Tapi perfomance sebagai PA itu tak tahu macam mana lagi,” ujarnya kepada mStar.


Dalam pada itu, Vida berkata, dia berharap calon PA yang bakal bekerja dengannya perlu sentiasa bersedia dan berketrampilan kerana bakal menggantikan dirinya menghadiri mesyuarat.

Sementara itu, Vida berkata, jumlah RM10,000 yang diiklankan bukanlah hanya sembang kosong atau ‘scam’, sebaliknya dia boleh memberi jumlah yang lebih tinggi jika mampu melakukan tugas dengan baik.

“RM10,000 tu sebagai geli-geli je bab gaji tu you kena perform lebih dari itu you boleh dapat tau.

“Saya bukan ‘sc4m’, boleh dapat lebih daripada RM10,000… saya boleh beri RM50,000 tapi kenalah pandai buat kerja,” ujarnya.

1 166

1 167

Vida turut mend3dahkan dia membayar gaji bekas PA terdahulu iaitu ahli perniagaan sensasi Ahmad Iqbal Zulkefli kira-kira RM50,000 hingga RM100,000 setiap bulan.

Walaubagaimanapun, respon Iqbal agak mengejutkan kerana dia menidakkan kenyataan DS Vida itu. Menurut Iqbal, gaji dia untuk permulaan kerja dulu hanyalah RM1,400 sahaja bukan RM50,000 … Alamak!

Ditambahnya lagi, dia menerima gaji RM1,400 dari awal bekerja sehinggalah tahun ketiga barulah gaji dinaikkan kepada RM 2000 lebih.

“Minta maaf saya menc3lah. Kenyataan tentang gaji saya RM50,000 – RM100,000 tidak benar. Sebetulnya pada awal bermula RM1400. Tahun ketiga barulah RM2000++.”

“Itupun saya selalu bekerja dari sampai Subuh. Gaji saya sama sahaja dengan staff lain, bahkan ramai staff yang lebih tinggi.”

“Cuma siapa rajin dan kreatif buat sales, mereka akan dapat setimpal dengan usaha.” katanya.

1 168

1 169

Sebelum ini, Vida pernah merancang untuk berkahwin dengan Iqbal, namun percintaan mereka terputus di tengah jalan.

Sumber:Mstar

Previous article“Dah doa dari first time nampak” – (Video) 8 Tahun Trpisah Gdis tk Sngka Slmt Brtunang Dgn Crush Zman Sklh Lg.
Next article““Pnas sngat demam tu smpai kring tuala”” – (video) Lakonan Jaga Suami Demam , Buat Rmai Trhibur.
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here