Home Isu Semasa “Dah doa dari first time nampak” – (Video) 8 Tahun Trpisah...

“Dah doa dari first time nampak” – (Video) 8 Tahun Trpisah Gdis tk Sngka Slmt Brtunang Dgn Crush Zman Sklh Lg.

138
0

Pada zaman persekolahan dahulu, mesti ramai antara kita yang pernah feeling cinta monyet ni kan.

Tipula kalau kita tak pernah ada perasaan dekat seseorang tu tak kisah kawan ke, junior ke, dengan senior sekalipun. Ada juga yang kenal-kenal dan akhirnya membawa ke jinjang pelamin.

Crush lamar lepas 8 tahun terpisah

Seperti kisah yang dikongsikan seorang pengguna TikTok ini apabila dia berkongsi saat bahagia dilamar crush zaman sekolah yang juga seniornya setelah ‘sekian lama’ menanti selama 8 tahun.

Kenal dari Tingkatan 1

Menurut gadis yang dikenali Nur Alya itu, ketika dia berada di tingkatan 1 tunangnya sudah di tingkatan 5. Kali pertama dia melihat lelaki itu, dia terus berdoa supaya dapat jodoh dengan jejaka sepertinya.

“Time tu Alya baru form 1 dia form 5. First time tengok dia terus doa. Tak dapat dia dapat muka macam dia pun takpa. Then dia habis sekolah. 7 tahun tak nampak bayang, sedih juga la.

“Sampai Alya move on. Alhamdulillah macam mimpi pulak setelah beberapa tahun akhirnya duduk sebelah juga.” 

Dah Ditakdirkan

Siapa kita nak lawan kuasa tuhan, pada tahun kelapan, gadis tersebut ditakdirkan semula untuk bertemu dengan bakal suaminya yang ketika itu menjadi jurugambar untuk majlis perkahwinan kakak Alya. Dari situ bermulalah bibit-bibit cinta mereka.

“Okay ni masuk 8 tahun baru nampak bayang dia. Dia photographer kebetulan nak dijadikan cerita kakak Alya ambil dia jadi photographer wedding.

Keluarga restu

Kedua-dua pihak keluarga juga sudah bertemu dan merestui hubungan mereka. Mereka juga sudah berbincang supaya hubungan ini dibawa ke fasa yang lebih serius.

“Alhamdulillah semua berjalan lancar, semoga dieprudahkan urusan kamu untuk ke fasa seterusnya,” 

Crush

Ramai yang mendoakan

Perkongsian Alya itu telah mendapat perhatian warganet dan videonya itu telah ditonton lebih setengah juta orang di aplikasi TikTok.

Rata-rata daripada mereka mengucapkan tahniah keatas pertunangannya dan mendoakan agar hubungan yang terjalin berkekalan hingga ke akhir hayat.

Ada juga yang turut berkongsi kisah mereka yang dikatakan hampir serupa dengan gadis bertuah ini.

Crush 1 Edit

Crush 2 Edit Baru

 

Crush 3 Edit

Min yang excited tengok! Semoga dipermudahkan segala urusan..

Sumber:Lobak Merah

Previous article‘Biar Dia Berubah Kerana Allah’ – Ariz Ramli Tak P4ksa Isteri Pakai Tudung
Next article“Gaji Iqbal Cecah RM50,000-RM100,00?” – DSV Ddah Gaji Iqbal ,Tpi Ini Respon Iqbal.
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here