Home Viral “Fitnah Kamu John Dihani Sangat Tidak Berasas dan Tidak Masuk Akal, Tetapi...

“Fitnah Kamu John Dihani Sangat Tidak Berasas dan Tidak Masuk Akal, Tetapi Atas Dasar Professional Saya…” – Shuib

159
0

Selamat kepada Shuib kerana kes fitnah yang melibatkan beliau dan Allahyarham Siti Sarah akhirnya selesai.

Menerusi kemas kini terbaru di Instagram, Shuib menyatakan atas dasar keikhlasan, dia telah memaafkan John Dhani yang terlibat dalam menyebarkan fitnah terhadapnya dan mendiang Sarah.

“Alhamdulillah hari ini (Rabu) 10 Januari 2024 selesai sudah kes fitnah terhadap diri saya dan arwah Siti Sarah. Hampir 5 bulan dan hari ini semuanya telah pun terjawab…” – Shuib

“Fitnah kamu John Dihani adalah langsung tak berasas dan tak masuk akal! Tetapi atas dasar ikhsan dan profesional, saya maafkan kamu dan halalkan segala fitnah terhadap saya…” – Katanya

Itu adalah satu tindakan yang berbudi, Shuib akan memberikan jumlah wang yang diterimanya daripada kes saman kepada tabung amal Palestin melalui Yayasan Nurjiwa.

“Untuk saman ini, ada jumlah yang perlu dibayar cuma saya tak boleh jelaskan berapa jumlah yang perlu di bayar…” – Jelasnya

Pada masa yang sama, pelawak berumur 40 tahun berharap kejadian serupa tidak akan berulang pada masa akan datang dan menjadi pengajaran kepada masyarakat.

Lihat Posting di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Saya Tak Kisah Dia Kerja Apa Pun Penjual Goreng Pisang Ke, Janji Mendengar Kata Ada Asas Agama Islam…” – Raf Yaakob
Next article“Saya Tahu Awak Masih Sayangkan Saya, Maaf Ya Bik…” – Fathia Latiff

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here