Home Kehidupan Ernie Zakri Kongsi Kisah Lagu ‘Korban’, Bt Rmai Yg Sebak

Ernie Zakri Kongsi Kisah Lagu ‘Korban’, Bt Rmai Yg Sebak

190
0

Nur Ernie Shahirah Zakri atau lebih dikenali sebagai Ernie Zakri merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Beliau dilahirkan pada 23 Jun pada tahun 1992, berasal dari Kuala Lumpur. Beliau juga merupakan juara pertandingan Bintang RTM pada tahun 2009. Ernie Zakri berkahwin dengan juga seorang penyanyi terkenal iaitu Syamel atau nama sebenarnya ialah Syameel Aqmal Mohd Fodzly, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Khawla Soleha.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana Ernie Zakri berkongsi cerita mengenai lagunya yang berjudul ‘Korban’ mengisahkan pengorbanan Syamel yang beliau lihat. Ernie mengatakan ketika beliau sedang hamil, beliau sentiasa ingin ‘melekat’ bersama Syamel dan tidak mahu berjauhan dengannya. Beliau juga mengatakan ujian yang dihadapi oleh Syamel sememangnya hebat, di mana beliau dikhabarkan ibu mertuanya telah meninggal dunia ketika beliau sarat mengandung.

Netizen turut memberi komen mengenai situasi ini, mengatakan Ernie beruntung mendapat suaminya baik dan memahami beliau yang sedang sarat mengandung ketika itu. Ada juga yang mengatakan berasa sebak mendengar kisah sebenar lagu Korban yang dinyanyikan oleh Ernie Zakri. Orang ramai juga mendoakan semoga mereka berdua dipermudahkan segala urusan dan bahagia hingga ke jannah. Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 237.6K penonton, 23.2K sukaan dan 249 komen.

Baca lagi: “Wanita Mengandung Mesti Pernah Alami Benda Mcm Ni” -Netizen

Baca lagi: “Betul Lah, Ni Ibu Punya” -Respon Kanak-Kanak Ini Stlh Mndpt Tahu Ibunya Hamil ‘Lagi’ Bt Rmai Yg Brdekah

Lihat klip durasi pendek Ernie Zakri kongsi kisah lagu ‘Korban’:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@Bukan Princess : While i nanges sbb bruntung nya org dpt suami baik baik

@Ikvar Mohd: Aku yg laki pun boleh nangis tgk ni ,.aku boleh faham prasaan Syamel throughout the process.. kehilangan ibu sakit gila wei. + wife preg lgi.Respect

@nurizni_: Diorang berdua ni mmg sweet and appreciate each other. Moga hubungan mereka kekal hingga ke jannah

@sarangspider: Nangis tengok documentary ni.. bila Bangmel cerita pasal Umi.. Kakninie cerita pasal Bangmel

@ayuwirda: Saya tersentuh bila erni kata hanya 5 bulan saja dpt berbakti utk ibu mentua… saya juga kehilangan ibu mentua…

@aimzmmm: sumpah semalam i tgok seseorg dekat dalam bilik .. dengar luahan hati kak ninie n bang mel .. meleleh air mata i

@kyrulndia: sedihnya meleleh teruk air mata. tulusnya kasih ernie kpd syamel. semoga bahagia ke jannah for both of u.

@Listariyaa: im crying.hope 1 hr when im pregnant sampai give birth,my husband can be by my side,always.bukan senang nk dpt hsbnd yg very understanding

@CikPuan AZ: Thank you Ernie .. 1st time saya dengar lagu ini, saya baru beberapa hari kepergian suami krn Covid 19. Lagu ini, amat-amat memberi kesan kpd saya.

@Alyssa Foot Sparklez: Syukur ya Allah saya dikurniakan suami yg sangat awesome.. Susah senang ada tepi dan x mengeluh. Hargai lah pinjaman Allah yg sementara ini

@Nor Fatini: thats why i love the song so much cause everybody carry the korban by itself

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram

Previous article“Lagi Isu Kebersihan!”- Tikus Dekat Mekdi. Lokasi Mcd Aeon Cheras Selatan
Next article“Comel Betul Lah Hawa Ni, Macam Budak-Budak Gelagat Dia..” – Netizen
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here