Home Uncategorized “Dulu Berlayar Bahtera, Kini Dayung Sendirian..” – Ali Puteh Kenang Susah Payah...

“Dulu Berlayar Bahtera, Kini Dayung Sendirian..” – Ali Puteh Kenang Susah Payah Bersama Abam

152
0

Pelawak, Ali Puteh memuatnaik posting di instagram di mana dia mengenang susah payahnya bersama arwah Abam sejak dari mula kariernya dalam industri tanah air.

“13 tahun berlalu. Pelbagai duri onak di lalui. Bermula dari 2010 hingga kini..”

“Bermula dari angan-angan bersama arwah Abam. Pelbagai uji bakat kami lalui untuk cuba menjadi penghibur dan akhirnya berjaya,” tulisnya di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Ali (@aliputeh_official)

Tambah Ali lagi, dia menyifatkan apa yang dilalui mereka untuk sampai ke tahap ini adalah sebuah pengajaran yang tak ternilai. Biarpun Abam tiada lagi di sisi, Ali akan meneruskan perjuangan mereka dan terus belajar memperbaiki diri.

axia

“Tapi tu semua tinggal kenangan. Pahit manis, gelak tawa, sedih menangis semua itu pembelajaran. Dulu berlayar bahtera, kini mendayung sendirian. Akan ku simpan sema kenangan ini. Belaiar dan terus belajar..”

“Ikut resmi padi. Makin tunduk makin berisi. Terus mendayung ke destinasi. Sebelum diusung dan tinggal sendiri,” akhirnya.

Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar yang juga abang Ali Puteh meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas. Moga arwah Abam tenang di sana, seluruh rakyat Malaysia merinduimu. Buat Ali Puteh, teruskan lah legasi arwah Abam dan kekal aktif dalam dunia seni bagi menghiburkan peminat.

Previous article“Seluruh Rakyat Malaysia Setuju Tokti Nombor Satu..” – Misha Omar
Next article“Janganlah Bandingkan Anak Anda Dengan Anak Artis, Dia Sudah Didedahkan Dengan Dunia Glamour…” – Rozita Che Wan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here