Home Viral Dituduh Shila Amzah Bayarkan Motor Baru, sekali Ubai Luah Rasa Bengang

Dituduh Shila Amzah Bayarkan Motor Baru, sekali Ubai Luah Rasa Bengang

649
0

Pempengaruh media sosial, Ubai MZ membeli sebuah motosikal baharu bagi memudahkan urusannya untuk menunaikan solat Jumaat dan melakukan aktiviti harian.

Beli duit sendiri

Menerusi sebuah rakaman video di TikTok, Ubai ditemani isterinya, Shila Amzah ketika membeli motosikal tersebut. Video tersebut menunjukkan Shila membantu suaminya tatkala proses jual beli dan pemilihan number plat bagi motosikal berkenaan. Bahkan, Ubai sempat berseloroh dan mengatakan Shila merupakan pekerja di kedai motor tersebut.

Telatah suami isteri ini lebih mencuri perhatian ramai apabila segelintir netizen mendakwa Ubai membeli motosikal tersebut menggunakan duit isterinya. Berikutan daripada itu, Ubai tampil menjawab dakwaan netizen. Ujar Ubai, dia menggunakan duitnya sendiri untuk membeli motosikal jenis Vario itu.

“Saya beli motor ni guna duit sendiri, Harap maklum. Suruhlah laki akak beli jugak…” – Ubai

Di ruangan komen juga terdapat netizen menyatakan bahawa mereka tidak kisah sama ada Ubai atau Shila yang membeli motor tersebut kerana mereka berdua telah sah menjadi pasangan suami isteri.

Lihat klip video di bawah:

@ubaimz Cuba2 main efek, semart jugak! Jumpa kat Dataran malam minggu ni. #fypシ ♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Sumber: Tiktok

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

[redirect url=’https://shope.ee/4AWqJUrocv’ sec=’5′]

Previous articleTerbuka Ibu Kahwin Baru, sekali Bekas Isteri ND Lala Luah Mengenai Jodoh ‘Bod*h’
Next articleJanna Nick Sakit Usus – “Sekarang Saya Kena Makan Makanan Baby, Sakit Dia Lain Macam..”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here