Home Isu Semasa “Diorang Ni Memang Tak Serik Ke, Sanggup Makan Duit Haram..” – Anggota...

“Diorang Ni Memang Tak Serik Ke, Sanggup Makan Duit Haram..” – Anggota JPJ Didakwa Terima Rasuah

266
0

Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menerima suapan berjumlah RM1,400 daripada sebuah syarikat pengangkutan, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Che Fazdlie Izwan Che Johari, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus dua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

jpj

Mengikut kedua-dua kertas pertuduhan, sebagai dorongan untuk melindungi dan tidak mengambil tindakan terhadap pemandu lori syarikat berkenaan, ttertuduh yang merupakan Pegawai Pemeriksa Kereta Motor Gred AB29 di JPJ Melaka didakwa menerima wang berjumlah RM700 tanpa balasan daripada seorang pengurus syarikat

Kesalahan itu dilakukan di Bank Simpanan Nasional (BSN) Cawangan Batu Berendam dalam daerah Melaka Tengah pada 6 Februari dan 3 Jun 2020.

Setelah mendengar hujah kedua-dua belah pihak, Elesabet membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin dan bersetuju dengan syarat tambahan dikemukakan pendakwaan. Beliau turut meminta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada pihak mahkamah dan melapor diri di pejabat SPRM berhampiran setiap bulan. Beliau kemudian menetapkan tarikh 10 April sebagai tarikh sebutan semula kes

Previous article“Pernah Kena, Rasa Dia Syahdu Jugak La”-Syok Snorkeling, Terpijak Landak Laut
Next article“Akak Larilah Guna Kaki Sendiri”-Kisah Seram Jadi Kisah Kelakar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here