Home Viral Dikecam mengenai isu McLaren lari dari pihak JPJ, sekali Suami Fatin Afeefa...

Dikecam mengenai isu McLaren lari dari pihak JPJ, sekali Suami Fatin Afeefa Opai buka mulut luah perasaan

202
0

Sering menjadi bualan hangat beberapa hari ini disebabkan isu nombor pendaftaran kereta McLaren miliknya yang dimiliki olehnya. Nombor pendaftaran QPA1 kereta tersebut telah menjadi isu apabila ianya tidak berdaftar di bawah nama Opai iaitu suami kepada pelakon Fatin Afeefa.

Tambahan pula, pihak JPJ telah menunggu keterangan daripada pihak jutawan tersebut, namun beliau telah melarikan diri dari pihak JPJ. Walau bagaimanapun, pemilik kenderaan tersebut telah memberi keterangan terhadap pihak polis mengenai isu nombor pendaftaran keretanya beberapa hari yang lalu.

Sebelum ini, suami kepada pelakon wanita tersebut telah menjadi bualan orang ramai apabila sebuah klip video mengenai beliau yang menyindir pemilik-pemilik kereta selain ‘Sport Car’ tular di laman sosial. Pemilik McLaren tersebut telah menghadapi pelbagai kecaman dan turut diperli oleh isterinya iaitu Fatin Afeefa sendiri.

Menerusi Instagram Story miliknya, beliau telah menulis beberapa coretan luahan hatinya di platform terbaharu Instagram iaitu ‘Threads’. Beliau mengatakan bahawa dahulu orang ramai suka menilai dirinya berdasarkan ucapannya. Kini, orang ramai boleh menilai dirinya berdasarkan penulisannya pula.

“People always judge me by the way I talk, Now people can judge me by my writing…” – Opai

Beliau turut meluahkan isi hatinya dewasanya di platform tersebut. Satu daripadanya coretan isi hatinya ialah Apabila dewasa, syaitan akan menghasut diri kita untuk sentiasa cemburu dengan pencapaian orang sekeliling kita.

“The devil attack your eyes, making you jealous of how fortunate others life are compared to yours. You’re now ungrateful servant of god…” – Katanya

Lihat coretan di bawah:

photo 2023 07 07 15 56 20

photo 2023 07 07 15 57 11

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Instagram

Previous articleMahu suruh anak mandi, sekali gelagat anaknya meluahkan perasaan didepan ‘frame’ kahwin buat ramai sebak
Next articleBerjaya Kumpul RM1.6 Juta Dalam Masa 1 Tahun, Rupanya Ini Yang Dilakukan Oleh Lelaki Ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here