Home Hiburan “Dia Tak Balas Mesej itu..” – Atu Zero Cerita Hal Sebenar Mengenai...

“Dia Tak Balas Mesej itu..” – Atu Zero Cerita Hal Sebenar Mengenai Nabila Razali

183
0

Atu Zero atau nama sebenar nya Sharif Kunal Doli Sharif mendapat perhatian peminat seni tanah air berhubung gurauan nya yang dipercayai mengguris perasaan penyanyi dan juga pelakon, Nabila Razali.

Penyanyi yang mesra disapa dengan nama Nabila Razali yang dilihat terasa hati dengan pelawak, Atu Zero berhubung gurauan ‘tidak boleh menyanyi secara langsung’ di program The Masked Singer 3 telah menjadi perhatian ramai.

Nabila Razali Luah rasa di Insta Story

Nabila dilihat meluahkan rasa kecewanya apabila dijadikan bahan candaan telah memuat naik satu Insta Story merasakan lawak tersebut tidak kelakar dan hampir menyamai Body Shaming.

432133

Atu Zero Dah DM minta maaf

Susulan daripada itu, memetik laporan dari Mstar, Atu Zero atau nama sebenarnya Sharif Kunal Doli Sharif, 32 mengatakan yang dia telah menghantar direct message (DM) kepada penyanyi lagu Peluang Kedua itu bagi memohon maaf andai gurauan tersebut dianggap keterlaluan.

Atu Zero Harap komen jadikan pemangkin semangat

Tambahnya, dia akui kesilapan tersebut namun berharap agar komen yang diberikan itu menjadi pembakar semangat untuk Nabila terus menjadi lebih baik di masa hadapan.

“Daripada segi kata-kata memang saya salah. Namun melihat pada sudut berbeza, anggaplah ia sebagai pembakar semangat untuk dia menyanyi lebih baik ketika membuat persembahan live selepas ini.

“Apa yang saya cakap ketika program itu bukannya tak betul. Perkara itu pernah viral sebelum ini. Jadi saya cakap sahajalah,” katanya.

Nabila Razali belum balas DM

Ujar Atu lagi, dia dapat tahu perihal luahan Nabila apabila ada peminat yang memberitahu melalui Instagram dan dia seggera menghantar DM kepada penyanyi terbabit namun belum mendapat balasan.

“Saya dapat tahu hal tersebut apabila ada orang maklumkan kepada saya. Mungkin peminat dia. Jadi saya terus DM (direct messege) dia mohon maaf. Dia tidak balas mesej tersebut.
“Mungkin dia tengah marah, jadi berikanlah masa dahulu. Kalau selepas ini marah lagi saya akan ulang minta maaf,” ujarnya.

sniterin

Lihat juga apa kata orang ramai:

“Trkjut jgk mse dia ckp cmtu..xpe nab..kau anggap je bnda ni cm pmbakar smngat kau tuk lebih baik ok..xyh trsa sgt ok..”

“Jika ada orang kritik tu bermakna anda belum cukup bagus. Nak jadi yang terbaik bukan hanya terima pujian namun kritikan. Ambiklah sisi positif dan perbaiki lagi diri. Itu baru betul seorang yang maju dan berwawasan. Jika terus orang puji dalam konsep “nak jaga hati”. Takkan ada yang berubah dan tak akan maju. Moga sentiasa maju dalam bidang yang diceburi..”

“Bila ko mintk maaf tp ada ayt kt blakang tu mknanya ko xikhlas nk mntk maaf. Klu nk mntk maaf xprlu ada tapi tapi dh. “Contohnya sy mntk maaf ckp awk hitam rambut kerinting tp apa yg saya cakap tu xsalah pom”

“Dah benda betul Bila golongan Bukan artis komen benda tu tak.pulak Sakit hati siap pernah cakap kat Melodi tak pe tak sedih bila Golongan artis cakap macam tu Terasa pulak dah..”

“Terimalah hakikat walau myakitkan nabila.Kalau pelawak buat persembahan,juri komen kutuk depan2 tau.Ko ni org bgtahu benda yg betul koyak pula…”

“lawak2 juga bro… xsemua bnda boleh dilawakkan dlm hidup.. dlm tv lepas lah.. realitinya.. ia xberlaku semudah tu.. pasti org sentap.. walaupun fakta, tapi biarkan ia terselindung… bukan dijadikn jenaka.”

“Kritik pada platform yg betul tak salah, yg nampak tak kena skrg bila Atu jadikannya bahan lawak. Itu yg tak betulnya. Tu bukan kritik tapi tu sengaja jadikan content utk audiens mentertawakannya. Tuhan suruh kita jaga aib kita dan aib org lain.”

“Benda btl kn..moga trs maju jaya next 2023 happy New year..jadikan sebagai pembakar semangat tunjuk kita boleh..”

“Nabila kena masuk fit for action. Industri seni ni memang kena kuat mental & fizikal. Takleh koyak.”

Walau apa pun, masyarakat seharus nya memberi kata kata positif buat Nabila Razali dan juga Atu Zero. Semoga urusan mereka berdua dipermudahkan dan berjaya dunia akhirat.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja ya.

Sumber: OMM

Previous article“Ingat saya nak hidung macam ni ke, hidung saya dah cantik dah dulu…” – Zarina Zainuddin marah difitnah buat hidung
Next article“Muka Dah Lain Lah Sekarang, Tapi Suara Maintain Je..” – Sekian Lama Menyepi, Aweera Buat Persembahan Di Selangor Youth Festival
Selain menulis, turut gemar buat aktiviti lasak tapi tak tahu berenang. Sukakan sejarah kerana dengan sejarahlah dapat mengenal tentang diri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here