Home Hiburan “Dia Nyanyi Lagu Tu Dah Macam Lagu Dia Sendiri..” – Tak Pernah...

“Dia Nyanyi Lagu Tu Dah Macam Lagu Dia Sendiri..” – Tak Pernah Mengecewakan, Nyanyian Zamani Buat Ramai Jatuh Cinta

477
0

Nama Zamani cukup besar dalam industri muzik tanah air. Suaranya yang begitu merdu dan lunak itu membuatkan ramai jatuh cinta tidak kira usia muda atau tua. Zamani membuat kejutan apabila memasuki semula Gegarvaganza musim ke 10 (All Stars) sebagai hotseats. Rata-rata peminat terkejut dan bersyukur kerana dapat melihat Zamani kembali menghiburkan mereka.

Minggu ke-2, Zamani mempersembahkan lagu berjudul Sambutlah Kasih oleh kumpulan Lovehunters. Nyanyiannya itu sungguh merdu dan berjaya mencuri hati juri dan peminat. Menyingkap ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji Zamani yang menyanyikan lagu tersebut dengan gayanya tersendiri. Ada juga yang berkata seolah-olah lagu tersebut merupakan lagu Zamani.

Klik Di Bawah Untuk Lihat Video Penuh

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Jom Tengok Apa Kata Netizen

@haffiz.rahim: aku tak zamani tak menang asal kan dia sampai final cukup..CUKUP!!!!!!

@permata yang dicari: Kalau time zamani menyanyi,rasa mcm zamani bkn peserta gv,tpi mcm penyanyi undangan je

@Wan🤡: Semalam lepas zamani & ezad nyanyi aku terus masuk tido😆 itu yg aku tunggu dalam gv

@💔💔Mak Ucu❤️💙: Kadang2 nyanyi tak perlu nada tinggi tp aura abg zamani terbaik

@Budak 🪱: Tak payah jerit2 pun part chorus tapi die punye pegi lembut jee🥰

@yohanesarang: woww…jauh lebih baik kawalan vokal abg gerimis smnjak dua mnjak nih nyanyi live…all the best……

@ainsukor: dia tarik pn lembut ja suara..xbingit.xsia2 crush kt dia dr kecik😂

@SumayyahSakinah: MasyaAllah sedappp suara legenddd..zamani dia slam kan lagu ni..biasa dgr versi terjerit2..ni versi soft je dgr tp menusuk kalbu

@JEBAT DERHAKA🇲🇾: Orang lama bila menyanyi.., tarik pun lembut je…Mmg Zamani Vokal Mantap, semua lagi di Slam kan

@ati85: lagu tu dah jd lagu slam dibuatnya😂 Zamani nyanyi memang best..part tinggi jd smooth ja tak dengar pun dia menjerit

@bitansd76: hesmes takle bincang…slam kan semuanya abg Zamani

@Zahran Zakaria: semua org nyanyi Wei… Aku kat depan TV pon nyanyi skali tadi

Previous articleAda Tuduhan Mimi Lana Anak Kepada Pengarah Filem, Din Glamour. Sekali Mimi Lana Dedah Hal Sebenar
Next article“Dia Boleh Menyanyi Tapi..” – Dato Ramli MS Dedah Punca Suki Low Dan Cliff Umar Disingkirkan Awal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here