Home Hiburan “Dia Boleh Menyanyi Tapi..” – Dato Ramli MS Dedah Punca Suki Low...

“Dia Boleh Menyanyi Tapi..” – Dato Ramli MS Dedah Punca Suki Low Dan Cliff Umar Disingkirkan Awal

350
0

Juri tetap All Stars Gegarvaganza, Datuk Ramli MS dan Datuk Syafinaz Selamat mendedahkan punca dua peserta iaitu Suki Low dan Cliff Umar disingkirkan pada minggu kedua Gegarvaganza.

suki low

Menurut Syafinaz, Suki Low membuat persembahan yang tidak menyeluruh.

“Mungkin pemilihan lagu kurang tepat untuknya. Bagi saya, dia berjaya sampaikan lagu tersebut namun ada beberapa bahagian yang sebaliknya. Jadi ia tidak menyeluruh bila dia menyanyi.

“Sebab kita sedia maklum, mereka semua memang boleh menyanyi. Cuma bila di dalam pertandingan, dia punya level lain, expectation berbeza.

“Kalau menyanyi setakat untuk menghiburkan para peminat, saya rasa ia agak sukar buat mereka untuk berada pada kedudukan teratas. Sebab ia bukan hanya untuk peminat semata tetapi kena puaskan hati ramai pihak,” katanya kepada MH.

mss

Sementara itu, Ramli MS pula melihat daripada sudut kesungguhan di dalam pertandingan.

“Kesungguhan di dalam pertandingan dia macam… semua nak, macam orang tamak. Pertandingan memang macam tu, mahu bagus dan nak itu nak ini.

“Tapi saya agak puas hati dengan kebanyakan peserta kerana banyak yang pamerkan kesungguhan. Malam ini sudah sudah tentu lebih baik berbanding minggu sebelumnya” katanya

Apa-apa pun, min doakan moga Suki Low dan Cliff Umar terus maju jaya dalam industri muzik tanah air. Mungkin Gegarvaganza bukan rezeki kalian, insyaAllah ada rezeki lain di luar sana untuk mengembangkan bakat kalian.

Previous article“Dia Nyanyi Lagu Tu Dah Macam Lagu Dia Sendiri..” – Tak Pernah Mengecewakan, Nyanyian Zamani Buat Ramai Jatuh Cinta
Next article“Dah Lah Hensem, Suara Sedap Pulak tu..” – Hady Mirza Buat Kejutan Di Gegarvaganza, Raih Markah Tertinggi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here