Home Dunia “Dia Cakap ‘Noob’, Kalau Dengar Nama Ezany Ni” -Ezany Zinariff

“Dia Cakap ‘Noob’, Kalau Dengar Nama Ezany Ni” -Ezany Zinariff

147
0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok ezanynizariff, dan telah ditular baru-baru ini.

Mohd Ezany Mohd Nizariff merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau dilahirkan pada 8 September tahun 1973, berasal dari Kangar, Perlis. Drama pertamanya ialah ketika menjayakan VCD iaitu Mimpi bersama Diana Rafae pada tahun 2002. Sehingga kini, beliau sudah berlaku lebih 60 drama televisyen.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana Ezany membuat satu klip durasi pendek bahawa beliau tersinggung hati apabila mendengar salah seorang pelakon wanita mengatakan beliau adalah pelakon ‘Noob’ di dalam industri hiburan. Oleh itu, Ezany mengatakan walaupun beliau hanya pelakon tambahan turut terasa hati apabila dikatakan sebegitu. Beliau juga mengatakan pelakon tambahan juga memberi kerjasama untuk menjayakan drama ataupun filem.

Netizen turut memberi komen mengenai isu ini, mengatakan beliau sememangnya pelakon yang terbaik walaupun hanya pelakon tambahan dan nama beliau juga dikategorikan pelakon lama di dalam industri hiburan. Ada juga yang memberi pujian kepada beliau kerana bersikap tenang apabila menghadapi perkara sebegini oleh pelakon wanita tersebut. Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 116.8K penonton, 4364 sukaan dan 500 komen.

Pemilik akaun ini juga menulis satu kapsyen dibawah:

“Nasihat saya jangan PANDANG Hina pada Pelakon Extra..Saya sangat terasa bila layan pelakon extra MCM tiada nilai, sebab saya asal dulu juga PELAKON EXTRA..be Professional Dude”

Baca lagi: “Artis Korea Pun Tak Macam Ni”-Pelakon High Council Diserbu Para Peminat

Baca lagi: Bella Astillah Dedah Pelakon Wanita Mengaku ‘Ter’suka Aliff Aziz

Lihat klip durasi pendek luahan Ezany Nizariff:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@MaderJuna: dulu time kecik2 terserempak dgn dia tgh shooting, dia yg lambai lambai kat kami. serius dia ni mesra sgt

@Bye2irdiani: Biarkan org buat kita zany & Allah tu wjud nt yg baru pun jd lame jugak x de nilai.

@yazid_muhammad: aku penah jumpa depan aeon wangsa maju he…he rasa dia berenti beli kuih

@Syed Qusyari127: semoga di permudah segala urusn siht semngt selalu selamat hari raya aidilfitri

@Kay Kelly Empire: Nak tangkap gambaq plak dahhh ahhhh aahhh…mesti la dh nama pelakon mesti la nk tangkap gambaq..hahaha!!!apapun terbaekklah

@Arnab Bendang: Dari dulu abg tabik kat awak. Dari cara berlakon, pendirian dan biz. Terbaik… Kipidap…

@mohd mazurimi: Allah lme x tgk abg… rindu nk tgk abg brlakon… ttp hemsem smpai skrg

@daddyirdina official: Lama abg x belakon bang. Rindu la dgn lakonan abg. Drama abg menghiasi zaman 20an sy.

@appleuser89235347: Betul bang..sy penah keja production..sy tgk ada jgk mcm tu..kadang2 mkn pun kena asing

@TURBOtua83: sape pelakon poyo tu bagi la tau ckit..tibe nak bergosip lak

PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram

Previous article“Bercinta Dengan Engku Emran..” – Kali Ini Fiza Halim Sendiri Beri Jawapan
Next articleDato’ Awie Belanja Lagu ‘Dipenjara Janji’ Di Kenduri Kahwin, Tarik Perhatian Ramai
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here