Home Hiburan Dato’ Awie Belanja Lagu ‘Dipenjara Janji’ Di Kenduri Kahwin, Tarik Perhatian Ramai

Dato’ Awie Belanja Lagu ‘Dipenjara Janji’ Di Kenduri Kahwin, Tarik Perhatian Ramai

246
0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok jemyneutronn, dan telah ditular baru-baru ini.

Dato’ Ahmad Azhar Othman atau dikenali sebagai Awie merupakan seorang penyanyi, pemuzik dan pelakon lelaki Malaysia. Beliau dilahirkan pada 24 November tahun 1968, berasal dari Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Beliau terkenal sebagai penyanyi utama kumpulan Wings dari era 90-an hingga kini nama beliau masih menjadi sebutan peminat.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana Dato’ Awie menjadi tetamu undangan di sebuah kenduri kahwin dan menyanyikan lagu yang berjudul ‘Dipenjara Janji’ oleh penyanyi asalnya iaitu beliau sendiri. Nyanyian beliau yang menggunakan suara tinggi ketika menyanyi telah mendapat sambutan daripada peminat serta mendapat pujian ramai yang mengatakan walaupun umurnya sudah meningkat usia namun nyanyian beliau tetap sama dari dahulu lagi.

Netizen turut memberi komen mengenai nyanyian beliau, mengatakan suara beliau tidak berubah dari dahulu lagi hingga kini. Ada juga yang menjadikan ia sebagai bahan lawak diruangan komen mengatakan bahawa jika mereka menyanyikan lagu ini tidak sama seperti beliau. Netizen juga menggelarkan beliau sebagai ‘Lagenda’ di tanah air seperti Dato’ Siti Nurhaliza yang sentiasa menjadi ingatan pada peminat. Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 517K penonton, 60.2K sukaan dan 1083 komen.

Baca lagi: “Sweet Lah Diorang Ni, Suka Sangat Tengok Diorang Berganding..” – Awie Buat Surprise Untuk Erra Di Konti Sinar FM

Baca lagi: “Dah Macam Awie Dengan Ziana Zain, Meremang Dengar Diorang Nyanyi Lagu Senja Nan Merah..” – Netizen

Lihat klip durasi pendek nyanyian daripada Dato’ Awie:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@mokkz: 50 lebih boleh tarik lagi .. aku yg umur 28 ni nyanyi lagu didi and friend pun sangkut2

@SiputTiup: ni bukan telan kaset dh… cd, dvd, music player, semua dia telan

@AsyraffAlemra: Selalu org cakap bila dah berusia suara dh tak sama mcam dlu2 , tapi ni hmm mcm lagi padu je

@Toyt: padu ! sebab tu dia di panggil lagenda rock tanah air

@penggemar lagu: dato awie je sorg bole tarik..org lain mesti terkucil sikit

@amanrich49: padu suara Dato’ Awie,dh setengah abad masih blh tarik,power

@Piejulbucoi: Brada tu lepas gian wehhh , sama mcm awie lahh brada nie

@Feeder: Power betul teknik dia, selagi teknik betul x mustahil kalau dah umur 60 pun bleh lg nanti bawa high note

@ZULNZ81: aku pernah tarik mcm ni sekali.. perghhhhh padu betul sakit tekak pastu. menyesal plak

@AMINNISA: saya penah tarik camni gak..jadi jgk suara saya masa tu..sejibik camni

@che-puan siti87: rsa nk try suruh dto hattn nnyi lgu ni lh.
level2 dia kn mesti bole punya bwak lgu nii

@TauhuBegedilMontoqBentong: perghhhhh…xhairan kenapa sampai skang dia Masih laku

PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram

Previous article“Dia Cakap ‘Noob’, Kalau Dengar Nama Ezany Ni” -Ezany Zinariff
Next articleRozita Che Wan Beri Amaran Pada Suami, Buat Ramai Yang Setuju
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here