Home Viral “Comel Sangat Zara Zya Gebus Gebas Gitu…” -Ramai Terhibur Dengan Telatah Zara...

“Comel Sangat Zara Zya Gebus Gebas Gitu…” -Ramai Terhibur Dengan Telatah Zara Zya, Dlm Drama Honeymoon

322
0

Honeymoon sebuah drama Malaysia 2022, yang diadaptasi novel Honeymoon karya Nurharyati Ishak akan menemui penonton di slot Dahlia TV3. Drama arahan Pali Yahya, dibintangi oleh Ben Amir dan Zara Zya.

Drama ini mengisahkan seorang wanita bernama Moon, seorang yang lurus bendul, bersaiz XXL dan banyak cakap. Moon dan Ilham dua watak yang tiada langsung persamaan. Namun siapa sangka, ketentuan-Nya mereka bertemu dalam keadaan yang tidak diduga. Moon dan Ilham berfikir soal perkahwinan yang manis-manis belaka. Ilham sangat tertekan dengan kerjayanya yang melibatkan sindiket berbahaya dan mula abaikan Moon shingga Moon berdendam dan nekad berubah. Akibat salah faham, rumahtangga Ilham dan Moon goyah. Seorang ego, seorang pentingkan diri, tetapi hubungan mereka perlu diselamatkan dan perlu dibajai semula demi kebahagiaan hakiki.

Zara Zya dilahirkan pada 22 Oktober tahun 1985, berasal dari Perak. Beliau merupakan seorang pelakon, pengacara dan penyanyi wanita Malaysia. Mula dikenali menerusi drama Love You Mr. Arrogant yang digandingkan bersama Azlee Khairi. Dalam video klip ini menunjukkan, dimana Zara Zya melakon kan watak sebagai Moon dengan telatahnya membuatkan orang ramai terhibur dan dapat perhatian ramai dengan gelagatnya yang selamba dan spontan.

Lihat klip durasi pendek dibawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@##Faz090775:suka tgok gelagat Zara ni suka buat lawak dn happy kn orng…

@AdillaCheAjid:laaa ..zara zya ke ni??? tengok banyak kali baru perasan ..citer apa ni .mesti lawak

@shikin Ibrahim:xsabar nk cite ni, mesti lagi kelakar, tgk yg ni pon dah kelakar

@m4m4_Lin:lawak giler nengok gelagak Zara Zya ni…nengok scene ni pn dah pecah gelak aku dbuatnya…adooooi

@AnneElZahra31:comeyyyy sgt Zara Zya gebus gebas camtuh

@Ida ezawani:sekali tgk xkenal..byk2 kli tgk bwu tau yg tu zara..

Netizen turut mengatakan, tidak sabar menunggu dengan drama Honeymoon ini akan dikeluarkan tidak lama lagi. Perkongsian video klip di Tiktok ini dapat sambutan orang ramai sebanyak 943.8K penonton, 37.4K sukaan dan 1440 komen.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Daebakingz, Wikipedia dan Tiktok

Previous article“Ini Yg Saya Rindu, Saya Jadi Orang Biasa…” -Peminat Sebak, Dato’ Siti Luah Rindu Tanah Suci Mekah Walaupun Terpaksa Berjauhan Dgn Anak
Next article“Tapi Siapa Awek Baba, Yang Mana Satu…” -Respon Jebat Buat Ramai Yg Terhibur, Sekali Ini Reaksi Sharnaaz Ahmad
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here