Home Viral Cemburu Berebut Teman Wanita, sekali Lelaki Ajak Geng Belasah Rakan Sekolah

Cemburu Berebut Teman Wanita, sekali Lelaki Ajak Geng Belasah Rakan Sekolah

273
0

Tular rakaman kejadian buli yang berlaku di Johor Bahru petang semalam di mana tujuh remaja dilihat membelasah seorang rakan mereka.

Menerusi video itu, mangsa berusia 15 tahun itu telah dipukul dan ditendang beramai-ramai oleh pelaku yang berumur 14 hingga 17 tahun.

Kejadian itu berlaku di Taman Bestari Indah, jam 4.09 petang, 9 Ogos lalu dan mangsa dilaporkan mengalami lebam di tangan kiri dan kanan, bengkak di paha kanan dan sakit seluruh badan.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat berkata mangsa telah membuat laporan polis dan kejadian tersebut dipercayai berlaku kerana berebut teman wanita.

“Hasil siasatan mendapati salah seorang daripada pembuli marah dengan mangsa kerana berkawan dengan aweknya.”

Menurutnya lagi, suspek utama dan mangsa bersekolah di sekolah yang sama namun enam lagi suspek di sekolah yang lain.

Kesemua mereka telah ditahan di lokasi yang berbeza oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan.

Polis turut merampas beberapa barangan lain dan ketujuh-tujuh suspek dibawa ke Mahkamah Johor Bahru untuk proses reman hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksima dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Lihat klip video di bawah:

Sumber: Twitter, Buletin TV3

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

[redirect url=’https://shope.ee/4AWqJUrocv’ sec=’5′]

Previous articlePenyewa Ditemui Meninggal, Owner Kunci Pintu Dari Luar Rumah Kerana Tidak Bayar Sewa
Next article“Kerajaan Perpaduan Bukan Lagi Penawarnya..” – Tan Sri Shahrir Samad (Veteren Umno)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here