Home Hiburan Bohong Lah Kalau Saya Kata Saya Tak Kecewa – Yusof Haslam Sebak,...

Bohong Lah Kalau Saya Kata Saya Tak Kecewa – Yusof Haslam Sebak, Tidak Dapat Menahan Air Mata

139
0

Memetik temubual dari Melodi yang bersiaran jam 12.30 tengahari tadi di TV3, Yusof telah meluahkan isi hatinya sebagai seorang bapa yang melihat hubungan suami isteri antara anaknya, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah serta Ira Kazar. Dia juga mengakui isterinya, Datin Patimah Ismail terkesan dengan tindakan Syamsul kerana memahami perasaan Puteri Sarah sebagai seorang isteri.

Menerusi temu bual tersebut, Datuk Yusof Haslam dilihat begitu sebak mengulas isu yang sedang bertebaran ini. Walaupun tidak mahu menjawab sama ada dia berasa kecewa ataupun tidak dengan apa yang dilakukan anaknya, dia tetap mendoakan yang terbaik buat Syamsul dan Puteri Sarah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

“Syamsul, saya harap awak bertanggungjawab kerana kehidupan ini bukan suatu perkara yang mudah. Hidup ini suatu perjuangan, perjuangan untuk pertahankan rumah tangga, pertahankan isteri. Jalankan tanggungjawab sebagai suami, bukan beri nafkah semata-mata..” – Yusof Haslam

Tambahnya lagi, dia telah berkahwin selama 40 tahun dengan Datin Patimah, dan yang mengekalkan hubungan mereka hingga ke hari ini ialah bersifat memujuk dan jangan biarkan isteri kita memendam rasa, kerana kita manusia tidak sempurna. Kita sewajarnya meminta maaf antara satu sama lain dan suami harus memainkan peranan penting.

Jom Tengok Apa Kata Netizen

@hudahasbullah:bila seorang ayah tu sampai menitiskan air mata, itu bermaksud hati dia betul2 terluka 😢

@🌜YuMi👑:kazar bersuka ria.. dato menangis.. sedih gileeee… alllahu

@🐰:bagus nya dato. if only my dad also know that

@edayurodhi:kerana 1betina, hbis hati dn perasaan ramai pihak, mk,ayh,isteri,ank² mk ayh mertua..

@Fiqah_🦋🌸:Dari airmata datuk yusof nampak kecewanya seorang ayah.

@cikctbaru:sarah diberi ujian dgn suami yg mcm tu tp sarah dikurniakan keluarga mertua yg sgt memahami dan sgt sygkan sarah .

@kiii 💋:airmata seorang bapa susah ye nk menitis , ralat nye lah .. ak org luar tgk video neyh rasa sedih 😔 semoga baik2 sahaja semua nye .m

@@italeos:Kecewa seorang ayah…ttp mendoakan yg baik2 sbb terlalu sayang.

@noorain sharbini:allahuakbar…airmata menunjukkan betapa hancur n luluhnya ati seorang ayah..

@Fauziah Hatta:sayang sungguh datuk pda menantunya berulang kali disebut..ya Allah apa hukumnya mengeluarkan air mata org tua kita…

@BUNDLE MALAYSIA:bila ayah bsikap begini shingga jatuh airmata bermakna dia sgt2 terlalu kecewa ttg diri anaknya..

@Bybudakbulat:Dekat situ.. kita blh nampak bertapa kecewa perasaan dia sebagai seorg bapak dan seorg atuk…

Moga apa yang terjadi ini menjadi pengajaran kepada semua. Buang yang keruh ambil yang jernih, semoga Yusof Haslam dan keluarga tabah dengan ujian ini..

Previous articleAbby Abadi Terkilan Namanya ‘Dipetik’ Isu Masalah Rumah Tangga – Mengaku Masih Banyak ‘Rahsia’ Disimpan
Next article“Tolong Doakan Saya..” – Akhirnya Fyna Jebat Mengaku Sudah Bernikah Dengan Zainal Abidin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here