Home Hiburan “Tolong Doakan Saya..” – Akhirnya Fyna Jebat Mengaku Sudah Bernikah Dengan Zainal...

“Tolong Doakan Saya..” – Akhirnya Fyna Jebat Mengaku Sudah Bernikah Dengan Zainal Abidin

140
0

Baru-baru ini, tular di laman sosial Selepas gosip berkenaan seorang selebriti yang juga adik kepada artis terkenal berkahwin dengan pengendali pasukan bolasepak berusia 60 an tersebar. Ramai yang berteka teki, siapakah gerangan selebriti dan coach tersebut. Akhirnya, nama Fyna Jebat telah ‘dipetik’ netizen mengikut ciri-ciri yang dinyatakan media sebelum ini.

Setelah hangat menjadi bualan netizen, penyanyi tersebut mengaku bahawa sudah pun mendirikan rumah tangga dengan bekas jurulatih bolasepak Penang FC iaitu Zainal Abidin Hassan yang juga merupakan bekas pemain bolasepak kebangsaan sekitar tahun 80 an.

Fyna yang sedang mengikuti program nyanyian bersama kakaknya Ayda Jebat iaitu Famili Duo telah mengesahkan perkara tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

“Alhamdulillah, saya sudah pun bernikah. Terima kasih banyak-banyak kepada anda yang memberi komen yang baik.”

Namun, Nurshafyna Jebat enggan mendedahkan butiran terperinci tentang pernikahannya itu. Ada sebab tertentu yang mereka terpaksa simpan.

Tambahnya lagi, dia berharap agar orang ramai dapat mendoakan tentang kebahagiannya dan keluarga apabila berita baik ini diuar-uarkan kepada umum.

“Harap dapat doakan saya dan keluarga,”  Fyna Jebat

Ketika temubual itu, Ayda Jebat turut ada di situ. Dia mengakui berasa lega apabila adiknya berani mendedahkan hal tersebut kepada umum selepas gosip tersebut beredar sejak minggu lepas.

“Rasanya tidak ada apa lagi yang perlu diceritakan. Saya berbangga apabila adik bercerita perkara ini kepada semua orang.
“Terima kasih atas doa kepada kami,” katanya.

Previous articleBohong Lah Kalau Saya Kata Saya Tak Kecewa – Yusof Haslam Sebak, Tidak Dapat Menahan Air Mata
Next articleTak Tahu Cerita Jangan Buat Cerita, Memang Semua Benda Nak Dipolitikkan Ke?? – Aeril Zafrel

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here