Home Viral Berhenti Kerja, Ubai Mahu Fokus Perniagaan

Berhenti Kerja, Ubai Mahu Fokus Perniagaan

180
0

Pensyarah media sosial dan juga suami kepada penyanyi terkenal Shila Amzah, Ubai, mengumumkan bahawa dia telah berhenti kerja daripada sebuah syarikat untuk memberi tumpuan kepada bisnes yang diusahakannya sendiri. Ubai, yang sebenarnya bernama Ubaidillah Mohd Zulkefli, kini terlibat dalam perniagaan pakaian dan juga berniat untuk menguruskan tanah miliknya di Pahang.

“Saya baru berhenti kerja dan kini mahu fokus pada perniagaan dan nak uruskan tanah di Pahang. Perniagaan itu adalah perniagaan baju yang kini sedang giat saya lakukan…” – Katanya

“Kalau kebun itu pula, saya tanam durian jenis musang king, rambutan, cempedak. Insya-Allah seterusnya mahu tanam cili. Saiz kebun itu berukuran lebih kurang 3 hektar dan ada juga sebuah kabin di sana…” – Katanya lagi

Sementara itu, Ubai juga menyatakan keterbukaannya untuk menjadi pelakon atau ‘talent’ jika menerima tawaran yang sesuai. Sebelum ini, Ubai telah membuat pengumuman di Instagram mengenai keputusannya untuk berhenti kerja di sebuah syarikat penyiaran setelah berkhidmat selama dua tahun.

Lihat posting di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ubaidillah Zulkefli (@ubaimz)

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Jika Ada Jodoh Yang Terbaik Untukku, Aku Terima…” – Hidayah
Next articleMahu Anak Cemerlang Dalam Pelajaran, Scha Al Yahya Akui Diri Tegas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here