Home Hiburan “Berapa Harakat Dia Tarik Tu, Panjang Betul Nafas Dia..” – Show...

“Berapa Harakat Dia Tarik Tu, Panjang Betul Nafas Dia..” – Show Ziana Zain Di Singapore Tarik Perhatian Ramai

363
0

Ziana Zain. Suatu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi di Malaysia. Namanya senantiasa menitip di bibir peminat seni muzik tanah air. Beliau merupakan seorang penyanyi, pelakon, model, duta dan usahawan Malaysia. Beliau mulai bangkit sebagai bintang sensasi setelah mengeluarkan album sulungnya Madah Berhelah, mendapat gelaran sah yang tercatat di dalam The Malaysia Book of Records iaitu Queen Of Pop Asia. Selain itu, keunggulan Ziana di pentas antarabangsa terserlah apabila beliau berjaya meraih gelaran utama Voice of Asia yang diadakan di Kazakhstan pada tahun 1995. Bermula di saat itu, langkah global beliau terus berkembang dan Ziana telah berjaya memahat namanya bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Singapura, Brunei, Indonesia, Jepun, Kazakhstan, Kanada, Switzerland, dan Australia.

Menerusi halaman tiktok, tular satu klip video di mana Ziana Zain membuat show di Singapore dalam programnya bersama Anuar Zain iaitu ‘Anuar Zain and Ziana Zain Live in Singapore 2022’. Dalam klip tersebut, Ziana yang terkenal dengan kekuatan vokalnya, menarik lagu dengan begitu lama sekali. Di ruangan komen, ada yang berkata ia sepanjang 19 harakat. Ramai yang memuji suaranya yang tidak berubah malah bertambah baik meskipun sudah berusia 50an.

Klik Di Bawah Untuk lihat Video Penuh

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zack (@lawak_laah)

Jom Tengok Apa Kata Netizen

@Alvaro Hillflock:Hebat ZZ..ko ader Ifa Raziah…hahaha

@Blissful Nanie:Tak pernah bosan dgn Diva hat sorang ni

@fajelram:saya jawab bang.. 19 harakat ikut detik masa normal, bang

@Nuts🍫:Sore zz ni low sedap tinggi pun sedap..memang minat dia dr dlu

@Aku Qiss:kannnn…..klu terkucilll tu biasa laaa dhh saat2 ini kann!!tapi mmg powerr…..zz ni

@Lieeza Ejaieeman:zz always nombor satu di hati akk.. sejak zaman sekolah..

@Samir_Samri:Sumpah happy sgt bila dpt tgk Kak Gee bt konsert cmni…rindu sgt nk dgr dia hiburkan smua fans tersyg dia..Love sgt2 Ziana Zain

@HARD_ROCK_19:my idola siapa boleh lawan… beza jauh dgn penyanyi2 zaman sekarang !!! titik !

@𝓔𝓷𝓬𝓲𝓴 𝓒𝓸𝓴𝓵𝓪𝓽🖋️:living legend,,semoga terus diberi kesihatan,,,suara yg pernh memukau zaman kanak2 ku

@YaZzz:suka penyanyi yg sebutan T dia x inggeris sgt..trbaik ziana zain

Suara Ziana Zain ni memang takde siapa boleh lawan. Boleh katakan dia penyanyi terbaik di Malaysia. Min memang suka nyanyian dia dari dulu sampai sekarang. Min doakan supaya Ziana Zain kesihatan yang baik dan dapat terus bergiat aktif dalam seni tanah air. Jangan lupa komen yang baik-baik yaa..

Sumber Tiktok dan Instagram

Previous article“Show Paling Memalukan..”- Tomok Hampir Lupa Lirik Gara Gara Dengar Nyanyian Nuha Bahrin
Next article“Sampai Menangis Cikgu Kena Prank..” Pelajar Bergaduh Rupanya Sambut Hari Lahir Cikgu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here