Home Viral “Bell Ngasri Kalah Ke Anugerah Bintang Popular?…” – Sekali Ini Luahan Hati Bell...

“Bell Ngasri Kalah Ke Anugerah Bintang Popular?…” – Sekali Ini Luahan Hati Bell Ngasri Buat Ramai Sebak

224
0

KUALA LUMPUR – Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) merupakan anugerah berprestij yang sering kali ditunggu oleh setiap peminat yang sedang berlangsung pada malam ini.

Anugerah yang mula diperkenalkan pada tahun 1987 ini adalah berdasarkan kepada undian peminat yang mengiktiraf penggiat seni tanah air. Malah, artis yang tercalon dalam setiap kategori adalah merupakan hasil usaha keras peminat yang mengundi.

Buat peminat setia, mereka pastinya akan menggembleng tenaga untuk memastikan artis kesayangan memenangi kategori dalam anugerah ini.

Namun tahun ini siapa sangka, setelah tiga dekad berkecimpung dalam dunia seni, Bell Ngasri atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri berjaya menempatkan diri sebagai lima calon pemenang bagi anugerah Artis Komedi Popular, ABPBH ke-35.

Tahniah buat Bell Ngasri yang telah memenangi Anugerah Artis Komedi Popular Malaysia di ABPBH35!

Sudah lama menunggu kemenangan ini, akhirnya rezeki tidak pernah salah alamat.

photo 2023 07 21 23 30 48

Pencalonan Bell Ngasri menjadi tular apabila dia dikatakan tidak pernah memenangi mana-mana anugerah sepanjang penglibatannya dalam dunia seni. Malah kempen undian untuk bapa kepada tiga anak itu menjadi fenomena di media sejak kebelakangan ini.

photo 2023 07 21 23 30 52

Ramai mahu melihat Bell Ngasri meraih kemenangan bagi kategori Artis Komedi Popular sekurang-kurangnya kerana dia seorang pelakon versatil kerana mampu membawa watak antagonis (jahat), protagonis (watak teraju) selain watak tritagonis (watak ketiga yang jujur dan kelakar) dengan baik.

Malah pada sidang media prakemuncak ABPBH 35 baru-baru ini, Bell Ngasri, 43, yang terkenal dengan watak Barkoba iaitu lelaki yang malas puasa dalam telefilem 16 Puasa, 17 Puasa dan 18 Puasa diumumkan antara 10 artis meraih undian terkumpul tertinggi ketika itu.

Selain Bell yang sudah tiga dekad mengabdikan diri dalam dunia seni, sembilan artis lain yang mendahului undian Top 5 adalah Aina Abdul, Amir Masdi, Anna Jobling, Ben Amir, Ernie Zakri, Khai Bahar, Meerqeen, Sharifah Rose dan Siti Nordiana.

Lihat klip video di bawah:

@mingguanwanita Tahniah Bell Ngasri akhirnya menang! Yak Yak Yay! #bellngasri #artiskomedipopular #fyp ♬ original sound – MingguanWanita

Sumber: Instagram, Tiktok

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

[redirect url=’https://shope.ee/B03ZpiRcm’ sec=’7′]

Previous articleTerpaksa Naik Lori Untuk Angkat Baju, sekali Baju Aina Abdul di #ABPBH35 mengejutkan ramai
Next article“Muka Macam Hawa Rizwana, Suara Ziana Zain..” – Nyanyian Lagu Putus Terpaksa Buat Ramai Jatuh Cinta

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here