Home Viral “Bekas Isteri Pertama Saya ‘Triggered’ Lah…” – PU Abu Sufyan Dedah Punca...

“Bekas Isteri Pertama Saya ‘Triggered’ Lah…” – PU Abu Sufyan Dedah Punca Kemelut Rumah Tangga

349
0

Pendakwah independen, Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan baru-baru ini berbicara tentang urusan rumah tangganya dalam satu perbualan bersama rakan-rakannya, PU Amin dan PU Rahmat.

Beliau menyatakan, perjalanan rumah tangga adalah pengalaman yang sering dihadapi oleh ramai orang di Malaysia, namun keistimewaannya adalah kerana beliau merupakan figur yang dikenali oleh masyarakat.

“Bezanya kita waktu itu adalah ustaz selebriti. Bila dihimpit masalah rumah tangga, yang sebenarnya saya boleh katakan adalah iman tak kuatlah untuk pertahankan rumah tangga itu sebaik mungkin…” – Katanya

“Tapi bila saya tergelincir daripada landasan rumah tangga pada peringakat awal..masa itu baru kahwin beberapa bulan itu yang menjadi isu besar…” – Katanya lagi

PU Abu juga memberikan penjelasan berkenaan isu rumit yang melibatkan pernikahannya sebelum ini. Baginda menyatakan setelah beliau berpisah daripada Ain, beliau pergi ke Madinah bersama Hana Azra dan keluarganya, walaupun ketika itu mereka belum sah lagi sebagai pasangan berkahwin.

Isu ini menjadi viral selepas Ain memuat naik hantaran perkahwinan di Instagram.

“Bila saya muat IG story seolah-olah bahagia dengan Hana, jadi bekas isteri pertama ‘triggered’ lah. Belum kahwin lagi (bersama Hana) tapi masa itu saya buat story dekat Madinah. Dia ada dengan keluarga dia. Kemudian dia (Ain) muat naik kenyataan untuk beritahu, sebab bila orang tengok IG Story di akaun saya, orang banyak bertanya kepada dia. Dia update atas dasar nak menyatakan tentang hubungan kami. Lepas itu kawan-kawan dia mention semua PU dan portal tertentu..masa itu lah jadi viral…” – Tambahnya

Kebanyakan pengguna TikTok tidak sependapat dengan keputusan PU Abu untuk membicarakan hal peribadi rumah tangganya secara terbuka di platform media sosial. Mereka merasakan tindakan ini seolah-olah membongkar rahsia lama dan menimbulkan persepsi buruk.

Lihat klip video di bawah:

@langkastudio Biar jadi pengajaran #langkastudio #minmatpodcast #puabu #purahmat #puamin ♬ original sound – Langka Studio

Sumber: Tiktok

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Saya Bukan Liberal dan Bukan Neutral, Saya Teralpa Sekejap…” – Uqasha Senrose
Next article“Kata Sokong Pihak Sana, Awak Tak Boleh Sokong Dua-Dua…” – Ameera Khan Bangga Tayang Produk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here