Home Viral “Batak Fame! Nak Jadi Influencer, Mak Bapak Pon Kena Cerdik…” – ...

“Batak Fame! Nak Jadi Influencer, Mak Bapak Pon Kena Cerdik…” – Rita Rudaini

131
0

Kecoh diperkatakan sejak minggu lalu tentang program Hero Teladan yang dianjurkan oleh YouTuber terkenal, Isa Isarb. Netizen mengecam program tersebut kerana menempatkan peserta lelaki dan perempuan dalam satu rumah, seolah-olah mengikut gaya hidup Barat.

Walaupun sudah mengaku salah dan membatalkan program serta-merta, nampaknya orang ramai masih tidak boleh menerima bagaimana YouTuber berkenaan boleh tampil dengan idea sebegitu.

Antara yang bersuara adalah pelakon Rita Rudaini. Menerusi perkongsian di Instagram Story, Rita berkata bahawa sebagai orang Islam, adalah tidak dibenarkan lelaki dan perempuan tinggal serumah.

Selebriti tersebut turut mempersoalkan tindakan ibu bapa yang membenarkan anak-anak mereka menyertai program seperti itu.

“Apa ada dalam kepala otak depa noh? Teladan celah mana? Nak jadi influencer pun kena cerdik. Nak jadi mak bapak pun kena cerdik…”

Katanya, bukan senang menjadi ibu bapa pada zaman sekarang ini. Oleh itu, mereka perlulah bijak menentukan hala tuju anak-anak.

Bukan itu sahaja, Rita berpendapat bahawa seorang pempengaruh media sosial hendaklah ‘cerdik’ menggunakan otak, bukannya semata-mata mengejar publisiti.

Lihat Posting di bawah:
rita rudaini 330x600 1

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Makin Menjadi Jadi, Bergelek Sakan..” – Persembahan Baby Shima Raih Perhatian Ramai
Next article“Selamba Je Nyanyi Tanpa Muzik..” – M Nasir ‘Payung’ Nyanyi Lagu Suatu Masa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here