Home Hiburan Balik Malaysia, Lana Nodin Buka Kedai Bakeri, Rita Rudaini Tanya- “Yang Tak...

Balik Malaysia, Lana Nodin Buka Kedai Bakeri, Rita Rudaini Tanya- “Yang Tak V4ksin Macam Kami Boleh Masuk Ke?”

157
0

Dalam diam, pelakon Lana Nodin rupanya kini sudah kembali ke Malaysia dan mempunyai gudang bakeri terbesar yang bakal dibuka tidak lama lagi.

Lana memberitahu dia teruja untuk melancarkan gudang jualan bakeri secara borong yang dikatakan terbesar di kawasan Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

“Dengan rendah diri , @lanabakeryland coming soon…very very soon pada bulan ini. So bakers bakers harap bersabar, kite akan launch wholesale bahan bakeri milik bumiputra pertama di malaysia yang terbesar area Kota Damansara…

“Bukan saja bahan bakeri malah kite ada ready make roti roti dan pastry untuk meraka yang nak rasa produk dari air tangan Lana , One Stop Center, ” Where Everyone Can Bake” Bismillah,” tulisnya.

Pelakon yang bernikah dengan pemain bola tampar Amerika Syarikat (AS), Mohd Daud McKinzie itu berkongsi berita gembira berkenaan di akaun Instagram miliknya.

Entri berkenaan mendapat perhatian ramai pengikutnya yang rata-rata turut teruja dan mengucapkan tahniah di atas kejayaannya itu.

Tidak ketinggalan rakan artis, Rita Rudaini yang dalam masa yang sama turut mengajukan soalan adakah golongan belum mengambil v4ksin C0vid-19 sepertinya dibenarkan masuk.

“Yang tak v4ksin macam ‘kami’(saya) boleh ke masuk kedai hang (awak)? Ke hang nak sangkut signboard depan kedai ‘Hanya Yang Berdose Dose Sahaja Dialu-alukan?’” tanyanya.

Komen itu turut dibalas Lana yang memberitahu kedainya tidak mengamalkan diskriminasi terhadap golongan yang tidak mengambil v4ksin malah mengalu-alukan semua kedatangan orang ramai.

“Ampa (awak) rezeki tak salah alamat….kun fa ya kun…anyway Cik Rita kedai kami tak amalkan diskriminasi, semua orang dialu-alukan…

“V4ksin ke tak, boost ke tak boost ke semua dijemput datang…rezeki jangan ditolak musvh jangan dicari….

“Anyway kami memang masih s3ndu sebab tak banyak keluar TV,” katanya berseloroh.

Pada penghujung tahun lalu, Lana dan keluarga pulang ke AS iaitu negara asal suaminya, David McKienzie dan dilihat seolah-olah seperti mahu menetap di sana.

Lana dan Rita juga pernah menjadi bualan hangat netizen apabila lantang bersuara mengenai vaksin4si Cov1d-19 di Malaysia sehingga didakwa sebagai 4nti-v4ksin.

Sumber: Gempak

Previous article“Mashaallah, Afiyah dh 4 tahun..” (Video) Sambut Ulang Tahun ke 4, Ucapan Tokti Bt Aafiyah Tarik Perhatian
Next articleTeaser Drama Perempuan Itu Lakonan Mimi Lana Jadi Bualan, “Nengok Kat Sini Pun Berd3bar”
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here