Home Viral Bakal Mendirikan Rumah Tangga Dengan Athirah, sekali Shuhada Doakan Rumah Tangga Hafidz...

Bakal Mendirikan Rumah Tangga Dengan Athirah, sekali Shuhada Doakan Rumah Tangga Hafidz Roshdi Tidak Diduga Ujian Besar

356
0

Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada mendoakan kebahagiaan buat aktor itu sekiranya dia mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya selepas ini.

Doa tidak diuji

Ketika ditemui bual, Shuhada atau nama sebenarnya Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, berharap rumah tangga yang bakal dibina Hafidz tidak diuji sepertima mana rumah tangga mereka berdua.

Semoga Allah tidak duga rumah tangga mereka nanti seperti mana Allah duga rumah tangga saya dan dia (Hafidz).

Yang baik-baik untuk kalian berdua saya doakan, Insya-Allah. Be happy dan lihat juga saya happy.

Shuhada berkata demikian sejurus selesai prosiding lafaz cerai yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, minggu lalu.

Terdahulu, Hafidz dikatakan bakal mendirikan rumah tangga bersama wanita yang dipercayai teman wanitanya bernama Athirah Yuhada.

Malah, sebelum ini Hafidz menjelaskan dia bakal mengulas mengenai status hubungan bersama Athirah selepas prosiding kes perceraian dengan Shuhada selesai.

Bagaimanapun, ketika ditemui sejurus prosiding lafaz cerai pada 27 Julai lalu, Hafidz enggan untuk mengulas lanjut mengenai hal tersebut.

Pada 27 Julai lalu, Shuhada dan Hafidz sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

[redirect url=’https://shope.ee/B03ZpiRcm’ sec=’5′]

Previous articleTeringin Genggam Trofi, sekali Qistina Raisah Minta Artis Dah Berjaya Jangan Pandang Hina Pelakon Tiada Anugerah
Next articlePeluk Mimi Peri, sekali Almy Nadia Luah Tak Mahu Baca Komen Takut Sakit Hati

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here