Home Viral Back Up Pemilik Kedai Makan Harga Cekik Darah, sekali Tindakan Pelakon Linda...

Back Up Pemilik Kedai Makan Harga Cekik Darah, sekali Tindakan Pelakon Linda Hashim Mengejutkan Ramai

612
0

Pelakon Linda Hashim menyelar tindakan isteri kepada penyanyi Mawi iaitu Ekin Rahmat yang bertindak menularkan sebuah kedai makanan laut di Johor Bahru, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Linda berpendapat Ekin sepatutnya bertanya terlebih dahulu dengan pemilik restoran apabila timbul rasa ragu-ragu dengan harga makanan yang dikenakan.

Malah, isteri kepada aktor Beego itu turut berasa simpati dengan nasib pemilik kedai terbabit yang menerima kecaman netizen.

“Katanya tak nak menjatuhkan perniagaan sesiapa, tapi siap buat live tu…kesian peniaga sekarang, naik harga je kena kecam…” – Katanya

“Ingatkan artis je selalu kena kecam, lain kali kalau tak berapa clear dengan harga, boleh je tanya depan-depan. Bukan curi-curi ambil video orang okay. Tak baik, kesian mak cik tu…” – Katanya Lagi

Terdahulu, Ekin mendakwa harga makanan yang dikenakan sebuah kedai makanan laut yang dikunjunginya di Johor Bahru terlalu mahal iaitu berjumlah RM1,260.

Sementara itu, pemilik kedai tersebut tampil memberikan penjelasan berhubung isu berkenaan menerusi laman Facebook anaknya, Mohd Yusof Abdullah.

Kata pemilik kedai itu, Ekin datang ke gerainya yang bernombor 14 di sebuah medan selera bersama hampir 20 orang ahli keluarga beserta kanak-kanak pada petang 30 September yang lalu.

Tambahnya, Ekin dan keluarganya telah membuat pesanan kurang lebih 11 jenis makan yang berbeza seperti siakap tiga rasa, udang butter, siput gonggong, sotong goreng tepung, ikan pari bakar dan beberapa lagi.

Malah, pemilik kedai itu mengatakan dia bersedia untuk bersemuka dengan Ekin dan Mawi bagi menjernihkan situasi yang sedang menjadi bualan hangat orang ramai ketika ini.

Lihat posting di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Linda Hashim (@lindabeego)

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleView Chin Sudah Tukar Agama? Ramai Buat Spekulasi Dia ‘Convert’ Untuk Nikahi Mira
Next articleDihina Dengan Kata-Kata Kesat, sekali Fauziah Sarman ‘sound’ Saudara Penyondol

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here