Home Hiburan Awie Dan Amy Sudah ‘Rujuk’ Kembali. Akhiri Perang Dingin, Tamatkan Segala Sengketa

Awie Dan Amy Sudah ‘Rujuk’ Kembali. Akhiri Perang Dingin, Tamatkan Segala Sengketa

232
0

“Ya kami sudah ‘rujuk’, alhamdulillah,” jawab Awie ringkas berseloroh.
“Saya rasa bulan ini bulan yang sangat mulia, ada orang mengutuskan seseorang untuk berbincang, saya minta masa fikir dulu dan saya juga ada komitmen.

Saya fikir juga saya sebagai yang lebih muda akhirnya selepas beberapa minggu kami berjumpa.
“Saya sayang dia sebagai brother, pelopor rock dan dalam Malaysia ini tak ada orang boleh dapat nombor satu kecuali Amy,” tambah Awie lagi.

Perang dingin yang terjadi di antara dua vokalis rock legenda tanah air iaitu Datuk Amy Search dan Datuk Awie Wings bukan rahsia dalam kalangan penggiat muzik tempatan. Namun setelah lebih setahun tidak berkomunikasi, Amy dan Awie mengakhiri ‘perang dingin’ tersebut dengan silaturrahim dan ukhuwah yang lebih baik.

aiww

Bercerita lanjut, Awie mendedahkan hubungan mereka menjadi dingin bertahun lamanya selepas pemergian pemain dram Search iaitu Allahyarham Yazit Ahmad pada 2019.

“Bertahun (tak bertegur), sejak Abang Yazit meninggal dunia.
“Saya akur saya orang yang umur lebih bawah, saya pergi jumpa, bermaafan, berpeluk, cium, sebagai adik dan abang sebagai sahabat perjuangan dalam industri.
“Saya pun makin tua, kubur pun sudah memanggil, cukuplah, Syukur,” katanya lagi.

Antara faktor yang membuat hatinya lembut untuk berbaik akui Awie selepas hubungannya dengan bekas isteri, Rozana pulih sekali gus memberi peluang beliau bertemu dua anaknya yang telah lapan tahun tidak bersua.

“Apabila jumpa anak dan bekas isteri, cukuplah zaman perang-perang, benda-benda bodoh ini cukuplah.
“Mana kawan yang bergaduh dengan saya semua kami berbaik balik, saya tak mahu (panjang),” katanya lagi

Alhamdulillah, saling bermaafan antara satu sama lain setelah sekian lama bersengketa. Min doakan moga ikatan perhubungan Awie dan Amy terus utuh dan rapat seperti sediakala. InsyaAllah mana tahu satu hari nanti ada konsert berdua lagi kan..

Previous articleDisebabkan Jual Produk Pada Orang Melayu, Wanita Ini Digelar ‘Pengkhianat’
Next articleBarang Customer Hilang, Sekali Respon Pekerja Pula Buat Ramai Yang Tak Puas Hati

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here