Home Viral “Awak Berhak Bahagia Hidayah…” – Hidayah Bagi Hint Sudah Tunangan Orang

“Awak Berhak Bahagia Hidayah…” – Hidayah Bagi Hint Sudah Tunangan Orang

206
0

Perkongsian gambar yang memperlihatkan balu kepada Allahyarham Abam Bocey, iaitu Nor Hidayah, bergambar bersama seorang lelaki di atas pelamin, menimbulkan pelbagai reaksi pengikut.

Dalam gambar tersebut, Hidayah memegang sejambak bunga dengan anggun, mengenakan baju sedondon berwarna biru bersama lelaki tersebut.

Walau bagaimanapun, identiti lelaki tersebut tidak dapat dipastikan kerana beliau bergambar membelakangkan kamera.

Dalam kapsyen gambar, Hidayah hanya meninggalkan emoji bentuk hati berwarna biru.

Perkongsian itu seakan-akan memberi gambaran Hidayah mungkin kini berstatus tunangan orang, walaupun tiada butiran lanjut mengenai perkara itu.

Peminat-peminat meninggalkan ucapan tahniah jika benar Hidayah kini sudah menjadi tunangan orang, turut menitipkan doa agar urusannya dipermudahkan serta turut bergembira dengan perkongsian tersebut.

Lihat posting di bawah:

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Selepas Kami Bercerai Saya Tidak Pernah Membuka Aib Sesiapa, Tetapi Dia Mungkir Janji…” – Mizz Nina
Next article“Kenapa Sokong Korea Tak Sokong Malaysia Mama…” – Cik B Kongsi Pelanduk Dua Serupa DSV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here