Home Hiburan Ara Johari Dicabul, Tak Sangka Ini Tindakan Orang Awam Selepas Terdengar Beliau...

Ara Johari Dicabul, Tak Sangka Ini Tindakan Orang Awam Selepas Terdengar Beliau Menjerit

172
0

Nurfarrah Izzatie Johari atau dikenali sebagai Ara Johari merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Beliau dilahirkan pada 27 Jun tahun 1997, berasal dari Negeri Sembilan. Beliau juga merupakan finalis dan pemenang tempat keempat dalam pertandingan realiti televisyen Akademi Fantasia musim ke-13 pada tahun 2016. Beliau turut merangkul gelaran naib johan dalam Anugerah Juara Lagu ke-33 (2019) menerusi lagu berjudul ‘Bunga’.

Ara Johari berkongsi cerita di mana beliau berdepan detik cemas apabila menjadi mangsa cabul seorang lelaki yang tidak dikenali ketika berada di belakang pentas di Dataran Nilai, Negeri Sembilan selepas selesai membuat persembahan untuk acara festival, semalam.

Insiden tersebut berlaku pada jam 11.05 tengah malam ketika beliau sedang berehat bersama pengurus dan keluarganya di sebuah bilik yang disediakan oleh pihak penganjur.

Baca lagi: Inspektor Sheila Mengaku Tidak Bersalah, Sekali Respon Yang Diberi Pula Buat Ramai Yang Tak Sangka

Baca lagi: Jocelyn Chia Bakal Adakan Persembahan Di Malaysia, Sekali Rakan Senegara Dedah Sesuatu Mengenai Beliau

Screenshot 2023 06 26 222713

Dikatakan ada seorang lelaki datang dihadapannya untuk bergambar, dan beliau turut membenarkan lelaki tersebut mengambil gambar bersama. Ara mengatakan suasana menjadi tegang selepas individu tersebut menghulurkan tangan untuk bersalaman dengannya.

Sangkaan Ara selepas bersalaman, lelaki terbabit akan pulang meleset apabila pemuda itu berlegar-legar di ruang rehat di belakang pentas tersebut. Malah, lebih memeranjatkan lagi apabila invidu berkenaan bertindak di luar kawalan dengan mencium tangan Ara sebanyak dua kali.

Screenshot 2023 06 26 222702

“Tapi salah lah kau nak lari masa ramai orang kat sekeliling. Saya jerit panggil lepastu pengurus dan beberapa orang awam kejar dia tapi dia larikan diri”

“Awalnya ingatkan tak dapat tangkap sebab dia lari laju gila. Dia lari melintas jalan seberang tapi tak sangka ada yang dengar jeritan saya. Orang awam yang ada di seberang jalan terus kejar dan dapat tangkap”

Ara turut membuat pesanan kepada golongan wanita terutamanya selebriti untuk lebih berhati-hati kerana tidak tahu niat seseorang terhadap orang lain.

Ketua Polis Daerah Nilai, iaitu Abdul Malik Hashim mengesahkan ada menerima laporan polis daripada Ara Johari.

Kertas siasatan telah dibuka dibawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan.

PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: UtusanTv

Previous articleCubaan Lari Daripada Polis, Sekali Reaksi Sekumpulan Penunggang Motosikal Pula Tarik Perhatian Ramai
Next articleAnak Tak Angkat Telifon Untuk Bawa Mak Pulang, Sekali Reaksi Makcik Ini Buat Ramai Yang Sebak
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here