Home Viral “Apa Yang Dia Merepek Tu, Saya Tak Pernah Kenal Dia…” – Suami...

“Apa Yang Dia Merepek Tu, Saya Tak Pernah Kenal Dia…” – Suami Heliza Helmi

382
0

Usahawan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman, suami kepada Datin Heliza Helmi, dengan tegas menolak dakwaan yang dibuat oleh Fathia Latiff bahawa dia telah menipu aktres tersebut dalam suatu transaksi pembelian rumah. Mahadi, 40, menjelaskan bahawa beliau tidak pernah berkenalan secara peribadi dengan Fathia, dan tiada sebarang rekod urusan perniagaan antara syarikatnya dengan pelakon tersebut.

“Memang terkejut apabila dia berkata demikian. Saya tak pernah kenal dia, tak pernah berjumpa, saya tidak jual rumah dengannya dan syarikat saya tiada perniagaan melibatkan hartanah…” – Katanya

“Saya juga sudah semak dengan pengurusan syarikat. Memang tiada sebarang rekod urusan perniagaan dengan dia…” – Katanya lagi

“Apa yang dia merepek tu? Saya pelik dengan segala dakwaan dia itu…” – Tambahnya

Mahadi, yang juga merupakan suami kepada aktivis Datin Seri Heliza Helmi, memberikan kenyataan tersebut selepas namanya menjadi berita hangat. Mahadi menambahkan bahawa dia juga enggan memberikan ulasan lanjut tentang isu yang dibangkitkan kerana dia dan Fathia tidak pernah mempunyai sebarang urusan.

“Saya tidak boleh nak bercakap tentang hal ini. Sebab memang saya tidak kenal dia…” – Tambahnya

“Pernigaan milik saya tidak pernah menjanjikan untuk memberi dia rumah. Kami juga tidak menerima sebarang transaksi RM2,000 seperti yang dikatakan…” – Tambahnya lagi

Pada masa yang sama, Mahadi juga tidak mempunyai niat untuk bertemu dengan aktres tersebut, dan segala perkara lanjut akan diuruskan oleh pihak peguam.

Lihat Posting di bawah:
IMG 8347

Sumber: Portal

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Mereka Telah Langgar Kontrak, Saya Tidak Mahu Lawan Kes Ni, Saya Hanya Mahukan Rumah Saya…” – Fathia Latiff
Next article“Betul-Betul In Character..” – Kak Lina Pom Pom Jadi Siti Nurhaliza Buat Ramai Berdekah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here