Home Info Apa Nak Buat Jika Cermin Kereta Anda Pecah Akibat Kerja Pemotongan Rumput?...

Apa Nak Buat Jika Cermin Kereta Anda Pecah Akibat Kerja Pemotongan Rumput? Ini Yang Perlu Anda Lakukan

214
0

Perasan tak kadang-kadang dekat tepi jalan, mesti akan ada orang yang buat kerja-kerja pemotongan rumput dengan mesin. Bila kita tengah bawa kereta tu dan pandu sebelah tempat kerja-kerja pemotongan rumput sedang dijalankan, mesti rasa takut jika batu kecil tiba-tiba terpelanting, terkena cermin kereta anda sehingga retak dan pecah.

Ada banyak kes yang melibatkan batu melantun daripada kerja-kerja memotong rumput di tepi jalan sampai membuatkan tingkap dan cermin retak ataupun pecah.

Apa Patut Anda Buat Jika Cermin Atau Tingkap Kereta Anda Retak Akibat Batu Terpelanting Ketika Kerja-Kerja Pemotongan Rumput Sedang Berlangsung? Ini Jawapannya:-

Anda boleh claim dengan insurans syarikat yang melakukan kerja pemotongan rumput tersebut. Setiap kerja pemotongan rumput di tepi jalan perlu mempunyai insurans sebelum ia dapat dijalankan. Pihak berkuasa dah mewajibkan setiap kontraktor yang mahu melakukan kerja pemotongan rumput di tepi jalan untuk mempunyai insurans terlebih dahulu bagi mengelakkan apa-apa kejadian yang tidak diinginkan.

Sebelum mana-mana kontraktor mahu melakukan kerja pemotongan rumput, mereka perlu mengemukakan surat insurans terlebih dahulu kepada pihak berkuasa seperti Majlis Perbandaran kawasan tersebut sebagai bukti yang terdapat insurans akan melindungi jika terjadinya apa-apa kemalangan.

Ambil Gambar Dan Butiran Yang Perlu

Screenshot 2023 06 19 213347

Kalau cermin kereta anda terkena batu yang terpelanting akibat kerja pemotongan rumput, cari tempat yang selamat untuk berhentikan. Ambil gambar cermin yang retak untuk disimpan sebagai bukti semasa proses claim insurans nanti.

Dekati pekerja pemotongan rumput tersebut dengan tenang dan minta butiran seperti nama, nombor kad pengenalan dan nama syarikat yang pekerja itu bekerja. Pastikan juga anda sudah catitkan di mana dan jam berapa kejadian itu berlaku.

Semak Bengkel Panel Insurans Syarikat Tersebut

Screenshot 2023 06 19 213404

Setelah mendapat butiran syarikat kontraktor tersbeut, hubungi mereka dan dapatkan pula nama dan lokasi bengkel panel syarikat insurans yang telah didaftarkan. Mereka tidak boleh sesuka hati pergi ke mana-mana bengkel sahaja, kerana syarikat insurans hanya akan cover bayaran kerosakan di bengkel panelnya.

Buat Laporan Polis

Screenshot 2023 06 19 213417

Pastikan korang membuat laporan polis dalam masa 24 jam daripada tempoh kejadian tersebut berlaku.

Dalam laporan polis itu, anda boleh menyatakan:

  • Nama pemotong rumput
  • Nombor kad pengenalan atau nombor pasportnya
  • Nama syarikat kontraktor
  • Lokasi, tarikh dan masa kejadian berlakunya kemalangan tersebut

Setelah selesai, anda boleh bawa laporan polis tersebut ke bengkel panel insurans yang berdekatan untuk mendapatkan cermin baru secara percuma.

Selepas ini jika anda tiba-tiba berada dalam situasi di mana cermin kereta pecah atau retak disebabkan oleh batu terpelanting daripada kerja-kerja pemotongan rumput, jangan emosi dan terus marah. Selesaikan isu ini dengan tenang supaya proses claim insurans menjadi lebih lancar.

Semoga info ini bermanfaat untuk anda!

PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Selayang

Previous articleIni 3 Cara Halau Lipan Yang Berkeliaran Dalam Rumah Anda
Next articleAkhirnya Lelaki Ini Cerita 11 Perkara Tentang Ebit Lew, Ramai Tak Tahu Yang Terakhir Tu
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here