Home Sedih “Anxiety Lepas Kematian Isteri”- Fizikal Nampak Sihat Tapi Mental OUT

“Anxiety Lepas Kematian Isteri”- Fizikal Nampak Sihat Tapi Mental OUT

246
0

Anxiety disorder adalah gangguan mental yang menyebabkan rasa cemas dan takut berlebih. Hal tersebut membuat Anda menjadi tidak semangat untuk melakukan kegiatan sehari-hari, termasuk hobi yang biasa digemari. Lebih lanjut, rasa cemas ini akan berlangsung intens dalam jangka waktu yang panjang.

Kehilangan orang yang tersayang merupakan satu perkara yang terlalu menyedihkan bagi semua insan tidak kira lelaki atau wanita, tua atau muda, miskin atau kaya. Tidak kira sesiapa sahaja yang amat kita sayangi, mereka adalah seseorang yang telah berkongsi saat suka dan duka bersama kita tidak kira sekejap atau lama. Bertahan dan terus kuat menjalani hidup selepas kematian mereka bukanlah satu hal yang mudah. Setiap individu itu unik, bagaimana kita menghadapi kesedihan selepas kematian orang yang tersayang amatlah berbeza dengan individu yang lain. Kebanyakan inidividu akan mengalami kesedihan yang biasa dan sangat kuat menghadapi dan menerima kenyataan orang yang tersayang sudah tiada, tetapi yang lainnya pula mungkin mengalami kesedihan yang lebih teruk dan berpanjangan sehingga mengalami masalah psikologi.

Menerusi rakaman video di tiktok @ustadhasnanrawatanislam, kelihatan seorang pesakit lelaki sedang membuat rawatan di Pusat Rawatan Islam Ar-Syifa Pajam Negeri Sembilan. Menurut sumber, lelaki tersebut mengalami anxiety akibat sedih berikutan kerana baru sahaja kehilangan isterinya. Tambahan, lelaki tersebut dipercayai telah kehilangan isterinya sudah 3 bulan namun masih dibelenggu kesedihan yang berterusan sehinggakan dia mengambil keputusan untuk membuat rawatan di sebuah Pusat Rawatan Islam.

“Sy doc diagnos depression & anxiety selepas anak saya meninggal sbb kanser darah tahun lepas. sampai harini saya masih lawan sakit hilang anak “

Terdapat juga netizen yang berkongsi kesedihan yang sama di mana mereka sama-sama kehilangan orang yang tersayang dalam hidup mereka.

Lihat video di bawah :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat juga komen :

@fuzzy.. : Saya doc diagnosed depression with anxiety n anxious.. at the same time berubat dgn rawatan islam.. bila panick to dtg Allahuakbar xtahu rsa mcm mna..

@husainiselamat : abang ni betol2 sayang bini dia mungkin rase takde sape faham dia macam arwah isteri dia

@Candy : jgn pernah cakap “redha lah” . kita takkan pernah faham hilangnya org kita sayang selamanya.semoga Allah permudahkan urusan awak bang.

@Mr.NasriMinho : nanges la bang sekuat hati… nanges laa.. saya tahu lama sangat abang pendam

@dssapb : sy kehilangan anak perempuan sy selamanya… selepas 3 tahun baru sy redha dengan pemergiannya… Semoga Allah kurniakan kesembuhan buat abg ni…

Baca juga : “Sbb Sy Takut Dgn..”- Nora Danish Dedah Punca ‘Anxiety’, Peminat Doa Moga Cepat Bertaubat

Baca juga : “Bila hati sayang, kita akan takut kehilangan…” – Shuk Sahar sudah rujuk

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber : Tiktok dan Instagram

Previous articleCubaan Bunuh Diri, Netizen Sebak Dengar Jeritan Mangsa
Next articleDatuk Bandar Mexico Berkahwin Dgn Buaya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here