Home Hiburan Anak Meragam, Emma Maembong Dan Suami ‘Heret’ Anak Di Pasaraya

Anak Meragam, Emma Maembong Dan Suami ‘Heret’ Anak Di Pasaraya

125
0

Setiap ibu bapa pastinya akan berdepan dengan fasa yang mana anak akan melakukan sesuatu tindakan diluar jangakaan dengan karakteristik tersendiri seperti menggigit tangan, menangis dan menjerit secara tiba-tiba termasuk baring di atas lantai.

Perbuatan ini bertambah sulit dan sukar dikawal apabila anak-anak melakukannya sewaktu kita sedang berada di kawasan awam terutama ketika bercuti bersama.

Begitu juga dengan pelakon cantik, Emma Maembong apabila dia dilihat menarik anak lelakinya, Shariq Gabriel yang tidak mahu berjalan dan ingin didukung ketika mereka sedang meluangkan masa di sebuah pasaraya.

Menerusi video dimuat naik di halaman instagram, Sharieq dilihat seakan sedang meragam lalu rela diheret oleh ibu bapanya.

“bila anak buat perangai taknak jalan tapi kita taknak biasa kan dukung sbb 24jam, tapi last2 dia menang jugak haih. kita kalah. Bawak stroller pon dia nk duduk time tido kalau tak dia lari. mesti byk makmak dah lalui benda ni kan..” – Emma Maembong

Rata-rata warganet turut terhibur dengan gelagat anak Emma Maeombong selain memuji cara pelakon kacukan Melayu-Scotland itu melayan Shariq yang sedang meragam.

Previous article“Rupanya Macamni Cara Diorang Kenal..” – Jep Bongkar ‘Cara’ Mengorat Sari Yanti
Next articleKemesraan Safwan Nazri berci*um dengan Dini Schatzman merisaukan netizen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here