Home Viral Anak-Anak Jamah Daging Khinzir Panggang Sebab Rider Salah Hantar

Anak-Anak Jamah Daging Khinzir Panggang Sebab Rider Salah Hantar

128
0

Kita sering mendengar tentang kes penghantar makanan yang tersilap menghantar pesanan. Namun, kali ini lebih ekstrem kerana pelanggan telah memakan makanan tidak halal akibat kecuaian seperti ini. Alamak…

Melalui satu hantaran di aplikasi Facebook, seorang lelaki bernama Izham Nayan mendedahkan bahawa kesilapan penghantar makanan telah menyebabkan anak-anak rakannya termakan daging khinzir panggang.

Difahamkan kejadian itu berlaku semasa isteri rakannya sedang sibuk menguruskan kelas dalam talian dan tidak sempat memantau anak-anak.

“Ayah orderkan untuk anak kat rumah, anak terima dan makan je. Resit biasa tampal kat luar tapi yang ini resit kat belah bawah sekali dalam plastik, keluarkan semua baru jumpa resitnya…”

“Asal order mee tarik warisan, ibu tengah handle online class..anak-anak kecil pula tengah lapar…”

Melihat kepada ruangan komen, netizen meluahkan rasa simpati kepada keluarga tersebut dan menyarankan agar tindakan diambil terhadap penghantar makanan.

Lihat Posting di bawah:
post babi

Sumber: Facebook

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Kalau Tengok Usaha Saya Dekat Sekolah Memang Takde Langsung..” – Johan Ghazali
Next article“Rindu Hafiz Yang Dulu..” – Hafiz Suip Payung Nyanyi Lagu Sambi Memancing

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here