Home Hiburan “Comel Macam Anak Patung…” – Netizen Terpukau Tengok Tokti Masa Remaja Di...

“Comel Macam Anak Patung…” – Netizen Terpukau Tengok Tokti Masa Remaja Di Final Bintang HMI 1995

252
0

Penyanyi nombor satu Malaysia, tidak lain tidak bukan tokti atau lebih dikenali sebagai Siti Nurhaliza. Dato’ Sri Siti Nurhaliza merupakan suatu nama yang sangat besar di Malaysia dan disegani semua penggiat seni tanah air. Beliau mulai terkenal sejak berusia belasan tahun lagi. Dia juga telah memenangi anugerah juara lagu sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1996,1998 dan 2000. Sepanjang kerjayanya, Dato’ Seri Siti Nurhaliza telah merakamkan bahan untuk 16 album studio solo, dua album studio duet, dan telah tampil berbanyak kali dalam lagu dan single dalam album artis tempatan dan antarabangsa.

Baru-baru ini tular satu video di tiktok, hasil kongsian konten_rawak yang mendapat tontonan sebanyak 700 ribu tontonan dan 30 ribu sukaan. Video tersebut menunjukkan Dato’ Sri Nurhaliza menyanyikan lagu Camar Yang Pulang di pertandingan Bintang HMI pada tahun 1995. Suaranya yang begitu sedap melayakkannya sebagai juara pertandingan tersebut. Ia menarik hati netizen kerana banyak antara mereka baru melihat video nyanyian itu buat kali pertama. Siti yang masih muda pada ketika itu juga mendapat pujian ramai. Ada yang kata wajahnya seperti anak patung

Sila Klik Di Bawah Untuk lihat Video Penuh

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zack (@lawak_laah)

Jom Tengok Apa Kata Netizen

@Suzairi Hazmi:time ni arwah atok aku ckp budak ni nanti smpi bila2 x kn ada org boleh klhkn dia.dia akan jd mcm p ramlee.x de tandingan.aku rs arwah atok aku betul

@AamaraMontello:Suka suara dia time ank dara, nyaring lantang . Best dgr.

@laskyblap:rsa nk blik zmn ni bila dgr lgu siti..sedih ny..klu la msa 2 dpt dputrkn semula..aku rindu zmn bdk2 aku

@Qimi Li:Masa dia nyanyi org tgh mkn semua berhenti, sbb nk tgk siapa yg nyanyi sedap btl, bila tgk masyaAllah, comel btl penyanyi nya, dah jangka dia menang.

@MotherOf3:xsalah juri yg memilih dia sbg juara malam tu.

Komen yang baik-baik yaa..

Sumber tiktok dan instagram

Previous article“Awak Tu Tak Ciridik..” – DSV ‘sound’ Iqbal, Sekali Ini Respon Iqbal
Next article“Alhamdulillah dia setuju..” – Akhirnya Terjawab Teka Teki Org Ramai, Tahniah Shuib Dan Zara Zya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here