Baru-baru ini negara kita juga digemparkan dengan berita seorang wanita dari Marang, Terengganu yang dipercayai terjumpa muntah ikan paus. Penemuan yang sangat jarang dilaporkan di negara ini cukup mengejutkan ramai orang dan jika muntah ikan paus tersebut disahkan tulen, wanita tersebut boleh menerima wang yang sangat-sangat lumayan hasil jualan muntah ikan paus tersebut. Muntah ikan paus itu ditemui dan telah mencatatkan seberat 100kg dengan nilainya sebanyak 2.4 million (RM 13 juta).
Baca lagi: Seorang Nelayan Tak Sangka Temui ‘Benda’ Berharga, Mampu Mencecah Ribuan Ringgit
Baca lagi: “Tengah Sakan Berjalan, Tiba2 Hilang RM90 Juta Dalam Akaun”-Seram Gila Dengar Kisah DJ Luke Ni
Muntah paus atau ambergris ialah sejenis pepejal kekelabuan yang berlilin dan mudah terbakar dihasilkan daripada rembesan dalaman saluran hempedu paus sperma. Pepejal ini pada awalnya berbau hanyir lama-kelamaan mereput menghasilkan bau wangi seakan alkohol isopropil.
Ia lazim digunakan dalam minyak wangi sebagai pengikat kepada bahan wangian yang boleh mengekalkan haruman dihasilkan pada tempoh yang sangat lama.
Menurut Ambergris Connect, nilai harga muntah ikan paus ini bergantung kepada kualiti dan warnanya.
Ambergris Putih: Paling berharga dan merupakan gred paling matang, ia boleh dijual pada 25$ segram
Ambergris Coklat: Boleh dijual pada harga 23$ segram
Ambergris Hitam: Gred paling ‘muda’ dan boleh dijual pada harga $20 segram
Bagaimana Cara Untuk Menguji Ketulenan Muntah Ikan Paus?
Biasanya orang yang menemui ketulan misteri seakan ambergris akan membakar permukaan ketulan besar tersebut menggunakan lighter. Apabila melihatkan permukaan ketulan tersebut mencair dan mengeluarkan bau musky, memang besarlah harapan sesiapa yang menemukan ambergris pada ketika itu untuk menjana wang lumayan. Namun membakar permukaan ketulan tersebut sahaja tidak memadai bagi mengesahkan ketulenan muntah ikan paus.
Bagi mengesahkan nilai dan kesahihan ambergris, ia perlu diperiksa oleh penyelidik bertauliah. Di Malaysia, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merupakan satu-satunya universiti yang boleh mengesahkan ketulenan ambergris. Ambergris yang ditemui akan diselidik oleh Pusat Perkhidmatan Penyelidikan & Lapangan (PPPL UMT) serta dibantu oleh pakar dari Fakulti Sains & Sekitaran Marin UMT dengan kerjasama Universiti Plymouth, England.
Menurut pengarah PPPL UMT, Prof Madya Dr Hasrizal Shaari, setakat ini, pihak mereka telah menerima sebanyak 18 sampel yang dipercayai ambergris yang dijumpai di perairan negara. Namun semua sampel yang ditemui tidak mempunyai harga di pasaran.
Komposisi & Kegunaan Muntah Ikan Paus
Ambrein yang merupakan kompenen utama muntah ikan paus, sejenis sebatian alkohol yang didapati daripada ambergris. Ia digunakan dalam industri pembuatan mintak wangi sebagai agen yang membantu haruman minyak wangi kekal lebih lama. Sampel yang diuji perlulah menjalani pelbagai ujian dan saringan kompleks sebelum ia disahkan ketulenannya.
Ambergris yang bernilai perlualah memiliki 3 bahan aktif utama dengan peratusan tertentu iaitu:
Ambrein (25-45%)
Epicoprosterol (30-40%)
Coprostanone (3-4%)
Harganya boleh mencecah ribuat ringgit satu kilogram kerana ia sangat jarang ditemui di negara kita. Ia juga biasanya digantikan dengan bahan sintetik yang dinamakan ambroksida. Sehingga ke hari ini, masih belum ada lagi rakyat Malaysia yang berjaya menjadi jutawan sekaligus setelah penemuan muntah ikan paus di negara ini.
PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: OhViralNews