Kekayaan daripada lelaki yang berasal dari India ini jadi tanda tanya netizen, apabila mengetahui beliau adalah pengemis terkaya yang mampu membeli sebuah flat yang hampir mencecah RM700,000.
Lelaki pengemis terkaya ini dikenali sebagai Bharat Jain, di mana sering dilihat mengemis di sekitar kota raya Mumbai, India. Lelaki ini juga dianggarkan memiliki kekayaan hanya mengemis di jalanan sebanyak 75 juta rupee (RM4.2 juta).
Menurut laporan Economic Times, Bharat Jain merupakan pengemis terkaya berdasarkan flat bernilai 12 juta rupee (RM678,323.29) selain dua kedai sewa . Beliau turut mendapat hasil pulangan mengemis bulanan antara 60,000 rupee (RM3,391.62) hingga 75,000 rupee (RM4,239.52)
Baca lagi: Kesakitan bersalin Czer masih belum hilang, Selepas 11 bulan Ibu lahirkan anak kedua
Baca lagi: Terlepas dari pegangan bapa ketika naik kayak, Bapa sebak laungkan azan cari bayinya yang lemas
Lihat juga video dibawah:
Bharat Jain juga memiliki dua kedai di Thane yang disewakan pada harga 30,000 rupee (RM1,695,81) sebulan pada penyewa.
Lokasi yang sering dilihat beliau mengemis dan menjadi popular antaranya, stesen keretapi Chhatrapati Shivaji Maharaj Terminus (CSMT) atau Azad Maidan.
Disebabkan kewangan yang tidak stabil, Bharat tidak dapat melanjutkan pelajaran secara formal dan memilih mengemis untuk menyara hidupnya. Beliau turut dilaporkan sudah berkahwin dan mempunyai dua anak lelaki serta menanggung adik dan bapanya.
Namun, tindakan Bharat Jain juga menjadi perhatian ramai serta membuatkan orang ramai tak sangka dengan kekayaan beliau yang mampu beli sebuah flat dengan nilai yang tinggi.
PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Mstar