Rita Rudaini Mokhtar merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau dilahirkan pada 11 April 1976, berasal dari Kangar, Perlis. Baru-baru ini Rita Rudaini membuat luahan di akaun Instagram nya, dan nama beliau serta bekas suami telah menjadi bualan warganet sejak semenjak ini.
Rita Rudaini memberi sedikit kata-kata di akaun Instagram nya seperti tujukan kepada seseorang, namun posting tersebut juga menjadi tanda tanya netizen dan ada juga yang membuat andaian sendiri bahawa posting itu ditujukan pada bekas suami beliau.
Beliau mengatakan di posting itu, mengatakan bahawa pilihan pasangan hidup itu sangatlah penting, juga memberi kapsyen mengenai seseorang yang ‘berhati busuk’ apabila berada disekelilingnya.
“Sebab tu pilih orang keliling atau pasangan kita tu penting. Kalau keliling atau sebelah kita tu hati busuk bangkai, takkan tak melekat bau tu kat kita”
“Bila hati kau dah membusuk dan berulat, B*** hutan depan kau pun, kau nampak macam ‘British Short Hair’…”
Baca lagi: ‘Perampas Mana Ada Yang Cantik, Level ‘Bohsia’ Je..’ – Rita Rudaini Perli Ira Kazar?
Baca lagi: “Adikku Syamsul, Biadap ye..” – Rita Rudaini Terus Terang Pd Filem Mat Kilau
Rita Rudaini juga mengatakan ada seseorang cuba mempertikaikan kehidupan beliau kerana membuat luahan dan berkongsi mengenai hidupnya di media sosial. Beliau juga tertanya-tanya, mengapa perkongsian kehidupannya boleh ‘terkesan’ kepada orang tersebut.
“Dengan orang lain, kawan-kawan, bos kau boleh ‘kenc1ng’ sampai ‘hanc*ng’. Kau lah terpaling betul”
Beliau juga membuat satu pesanan ringkas dan memberi nasihat kepada orang ramai untuk berhati-hati apabila berjumpa dengan seseorang sebegini.
Posting yang dibuat oleh Rita Rudaini juga telah tarik perhatian warganet, dan menjadi tanda tanya siapakah orang itu. Ada juga yang mengatakan beliau tujukan kepada bekas suaminya. Namun apapun kita perlulah bersangka baik dan mendoakan yang baik-baik sahaja serta mendoakan semoga Rita Rudaini dipermudahkan segala urusannya.
PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Ohbulan